Sunday 7 August 2011

Mahabbah yang berpanjangan

Mahabbah yang berpanjangan

5/8/2011 ( Jumaat ) - Pemergian Saudari Fatin Fasihah Bt Hanafi pada malam 1 Ramadhan 1432H yang lalu memberikan kesan yang mendalam kepada keluarga beliau terutamanya ayah beliau, Us.Hanafi.

Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) sebelum ini sentiasa mengikuti perkembangan kes yang terjadi ke atas Allahyarhamah Fatin Fasihah yang disahkan menghidapi Systemic Lupus Erythymatous (SLE) yang menyebabkan komplikasi jantung dan pendarahan dalam otak sehingga beliau koma semenjak 11/7/2011 sehinggalah beliau dijemput oleh Allah untuk kembali ke sisiNya pada malam 31/7/2011 yang lalu bersamaan malam 30 Sya`ban 1432H. Allahyarhamah merupakan pelajar tahun 2 perubatan Universiti Kaherah, merupakan anak kelahiran Melaka dan turut berdaftar sebagai ahli BKKIMM.

Beberapa siri kutipan derma dan sumbangan telah dijalankan oleh Unit Kebajikan BKKIMM bagi membantu keluarga beliau dari segi kewangan.Alhamdulillah,semangat membantu para ahli BKKIMM dan mahasiswa/wi negeri lain telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah LE 2000 dan USD 151.Sumbangan telah diserahkan kepada Ayah saudari Fatin Fasihah oleh YDP BKKIMM, Us Harman Bin Hassan.

Sumbangan diserahkan kepada ayah Fatin Fasihah, Us Hanafi oleh YDP BKKIMM

Baru-baru ini, BKKIMM sekali lagi mengambil kesempatan bagi meneruskan mahabbah yang sudah terjalin dengan mengadakan iftar bersama Us Hanafi di penginapan sementara beliau di Kasr El-Ainy sebelum beliau pulang ke Malaysia.Iftar kali ini disertai oleh YDP BKKIMM, EXCO Kebajikan dan 2 orang AJK Kecil Kebajikan BKKIMM. Turut hadir ialah Penasihat BKKIMM, Dr.Ahmad Syahir Bin Md Ismail dan Presiden PERUBATAN, Dr.Syafiq Hamdani beserta seorang EXCO PERUBATAN.

Pihak BKKIMM dimaklumkan oleh Us Hanafi bahawa kebetulan kedatangan kami pada hari tersebut bertepatan dengan tarikh kelahiran Allahyarhamah Fatin Fasihah.Manik-manik jernih kelihatan di mata Us hanafi beserta tetamu yang hadir.Semoga Allah memberikan kesejahteraan ke atas roh beliau.Al-Fatehah.

Tahlil ringkas diadakan selepas solat maghrib.
Iftar diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama ayah Fatin Fasihah,Us Hanafi.

Laporan oleh :
Unit kebajikan BKKIMM
sesi 2010/2011

Sementara menanti waktu berbuka puasa 

Bergambar kenangan bersama Us Hanafi

No comments:

Post a Comment