Sunday 18 September 2011

KEBAJIKAN gagasan BKKIMM.

BKKIMM menekankan aspek kebajikan

15/9/2011 - Khamis - Mansurah

Aspek kebajikan merupakan antara penekanan yang amat dititikberatkan oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir, terutamanya dalam memberikan apa jua khidmat berbentuk kebajikan kepada ahli-ahli BKKIMM serta seluruh mahasiswa/wi Islam Melaka yang berada di Mesir.

Baru-baru ini, seorang daripada mahasiswa Islam Melaka yang merupakan ahli BKKIMM iaitu Ustaz Khairul Asraf Bin Hamzah, mahasiswa Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah telah disahkan menghidap penyakit Hepatitis A ( sakit bengkak hati ).

Yang Di-Pertua BKKIMM, Ustaz Harman Hassan beserta Ketua Unit Kebajikan BKKIMM, Dr.Amir Al-Amin telah mengambil inisiatif untuk turun melawat Ustaz Asraf di rumah beliau di kawasan Salam, Mansurah.

Perjalanan ke Mansurah dari Kaherah mengambil masa hampir 3jam dengan menaiki bas.Setibanya di Mansurah, YDP dan Ketua Unit Kebajikan telah
disambut oleh wakil BKKIMM di Mansurah untuk dibawa ke rumah Ustaz Asraf tersebut.

Sedikit sumbangan kebajikan telah diberikan kepada Ustaz Asraf oleh YDP BKKIMM, diharapkan ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Ustaz Asraf terutamanya dari segi bayaran ubat-ubatan.

Ustaz Asraf walaupun sakit dan mudah letih masih mampu menyediakan sedikit jamuan untuk melayan tetamu yang hadir.Ucapan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Asraf, moga Allah memberikan kesembuhan dan memudahkan segalanya bagi beliau.




Para tetamu menikmati jamuan yang disediakan oleh Ustaz Asraf sebagai tuan rumah. ( Ustaz Asraf duduk ketiga dari kanan berbaju putih )


Hepatitis A : Merupakan salah satu daripada sakit bengkak hati diakibatkan oleh jangkitan virus HAV. Virus ini merupakan salah satu daripada beberapa jenis jangkitan virus hepatitis yang biasa berlaku di Mesir.


( Pihak BKKIMM berharap kepada semua mahasiswa/wi Islam Melaka di Mesir agar sentiasa berhati-hati dan menjaga kesihatan )




No comments:

Post a Comment