Friday 29 August 2014

SUKMA '14 : GENERASI SIHAT INSPIRASI UMAT

Kaherah, 29 Ogos 2014 - Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menganjurkan Sukan Kesenian Anak Melaka (SUKMA ‘14). Program yang bertemakan “GENERASI SIHAT INSPIRASI UMAT” ini  berlansung selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Ogos 2014 ini turut melibatkan PMRAM cawangan Taakhi Zon D iaitu BKAN Selangor dan Pahang. Objektif utama program ini adalah bagi mencungkil bakat anak-anak Melaka sama ada dalam bidang sukan mahu pun kesenian. Di samping itu, program ini juga mampu mengukuhkan ukhuwah dan silaturrahim bukan sahaja di kalangan anak Melaka tetapi juga ukhuwah di antara PMRAM cawangan yang lain.

Antara aktiviti yang disusun oleh adhoc perlaksana SUKMA pada hari pertama ialah pertandingan ping pong bagi ikhwah dan pertandingan bowling bagi akhawat. Manakala aktiviti sebelah malam pula ialah alunan Qasidah yang dinyanyikan oleh anak-anak Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Shahrir bin Alias selaku Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM dan diakhiri dengan persembahan sajak dan nasyid dari anak-anak negeri Melaka.

Hari kedua program telah diisi dengan aktiviti yang lebih menarik antaranya ialah reka bentuk kreatif dan pertandingan karom bagi  ikhwah. Kemudian, satu slot khas telah diadakan bagi akhawat iaitu pengenalan dan praktikal silat yang telah disampaikan oleh Ustazah Nur Izzati binti Nawawi. Program diteruskan selapas maghrib dengan talkshow yang bertajuk “Mengenali SWAD dan KELAP” yang disampaikan oleh  panel jemputan iaitu Ustaz Ahmad Abu Ubaidah bin Fauzi dan Ustaz Mohamad Naqib Bin Bakhudin. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan silat dari anak-anak Melaka dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang setiap pertandingan. SUKMA ’14 yang dianjurkan dan  dilaksanakan sepenuhnya oleh unit kebudayaan kesenian dan sukan ini telah menutup tirainya pada pukul 11.30 malam dengan sedikit jamuan ringan.

Tahniah dan syabas buat Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan di atas keberjayaan program ini yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Semoga ukhuwah yang terbina akan terus utuh dalam kalangan anak-anak Melaka serta BKAN Taakhi insyaAllah.

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN"

No comments:

Post a Comment