KAHERAH, 6 Julai 2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) terus mengorak langkah dengan mengadakan kunjung hormat ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di Mohandeseen yang diketuai oleh Saudara Ahmad Rabbani bin Ismail selaku Yang Di-Pertua BKKIMM'14/15. Perjumpaan khusus bersama Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Radhi bin Hj. Ibrahim ini bertujuan merealisasikan seruan dalam Ucaptama YDP melalui item ke-5 iaitu Menjalinkan Hubungan Luar dan Antarabangsa.


Sebelum mengakhiri pertemuan yang bermakna ini, beliau mengucapkan syabas kepada BKKIMM kerana mengadakan pertemuan baik ini dan mengalukan kehadiran pihak BKKIMM sekaligus manyampaikan harapan agar mahasiswa saling membantu dan meningkatkan tahap pengetahuan dan akademi serta menitik beratkan penyucian hati. Sebagai tanda penghargaan, BKKIMM menyerahkan cenderahati kepada Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Radhi atas kesudian pihak beliau menerima kunjungan ini.

"Memartabat Keilmuan Meribat Kesatuan"
"BKKIMM Tetap Di Hati"
Disediakan Oleh :
Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
2014\2015
Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
2014\2015
No comments:
Post a Comment