Saturday 1 August 2015

IMTIHAN QABUL 2015 : ANTARA USAHA DAN KEJAYAAN

IMTIHAN QABUL 2015 : ANTARA USAHA DAN KEJAYAAN

  

30 Julai 2015 khamis. Seramai 26 orang mahasiswa/wi  baru yang terdiri daripada 18 orang lelaki dan 8 orang perempuan telah menduduki peperiksaan imtihan qabul yang diadakan di Markaz Bahasa, Universiti Al Azhar di Hayyu Sadis, Kaherah.

           Turut mengiringi Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka, Ustaz Mohd Anwar bin Idris, Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Ahmad Rabbani bin Ismail, Pengarah Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baru 2015 (USMB), Ustaz Muhammad Ikhram bin Samsudin serta AJK Pelaksana USMB ke Markaz Bahasa bagi memantau mahasiswa/wi baru yang bakal menduduki peperiksaan.


KELAS INTENSIF MAHASISWA/WI BARU


            USMB BKKIMM dengan kerjasama Unit Pendidikan (UPEND) BKKIMM telah menyediakan kelas intensif kepada mahasiswa/wi baru selama 3 hari sebelum menduduki peperiksaan imtihan qabul. Ia bertujuan bagi meningkatkan kemahiran mahasiswa/wi baru dalam bentuk bahasa arab seperti qiraah (pembacaan) , Istima’ (mendengar), kitabah (penulisan) dan lain-lain. Peringkat USMB menyediakan tenaga pengajar daripada kalangan warga arab untuk memberikan pengisian tentang soalan-soalan yang berkaitan dengan peperiksaan imtihan qabul. Perbincangan soalan imtihan qabul juga di bentangkan kepada mahasiswa/wi baru oleh pengisi daripada kalangan ahli Melaka. Selain daripada kelas intensif dan pembentangan soalan, studygroup dirangka dan dipantau dikalangan AJK Pelaksana USMB bagi memastikan persediaan yang rapi di kalangan mahasiswa /wi dalam menghadapi peperiksaan Imtihan qabul.


           Semoga dengan usaha dan tawakal yang tinggi, seluruh peringkat pimpinan BKKIMM dan Komuniti AJK Pelaksana USMB 15 mendoakan agar mahasiswa/wi baru Melaka khususnya dan seluruh mahasiswa/wi yang menduduki peperiksaan Imtihan Qabul umumya memperoleh kejayaan dengan izin Allah SWT.


“ Generasi Rabbani Tunjang Kesatuan Ummah ”
“ Memartabat Keilmuan, Meribat Kesatuan "


Yang menjalan tugas,

Setiausaha Kerja,
Urus Setia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB’15)
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2014/2015

No comments:

Post a Comment