UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Sunday, 23 August 2015

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR

 KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR



23 OGOS 2015
SUSULAN ISU DAKWAAN PENYELEWENGAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH


             Mesyuarat Yang Di-Pertua (YDP) Badan Kebajikan Anak Negeri pada hari Sabtu bertarikh 22 Ogos 2015 di Wisma Perak Baitul Ridzuan, Kaherah yang dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Asri bin Mohd Salim, YDP Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir  adalah bertujuan membincangkan tindakan susulan hasil perjumpaan YDP-YDP BKAN bersama pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) pada 17 Julai 2015 bertempat di Asrama Sementara Wilayah Persekutuan yang lepas. Mesyuarat telah mencapai kata sepakat seperti berikut :


1) Merujuk kepada ucapan Yang Mulia Tuan Yang Terutama Dato' Ku Jaafar bin Ku Shaari, Duta Besar Malaysia Ke Mesir dan ditauliah serentak ke Palestin, beliau telah menafikan keterlibatan BKAN dalam isu penyelewengan tersebut dan menyatakan kenyataan tersebut adalah bersifat umum dan tidak membabitkan BKAN.

2) Justeru, BKAN memohon pihak KBMK mengeluarkan satu kenyataan menafikan keterlibatan persatuan-persatuan negeri sekaligus bagi membersihkan BKAN dalam dakwaan penyelewengan ini yang telah tersebar luas dalam media perdana negara dan media akhbar di Mesir samada melalui media rasmi KBMK atau akhbar-akhbar tempatan.

3) BKAN akan terus komited dalam meneruskan pengurusan kebajikan pelajar-pelajar baru ke Mesir dengan kerjasama Atase Pendidikan Negeri.

            Akhirnya, BKAN amat berbesar hati agar pihak KBMK memandang serius perkara ini. BKAN juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian menjemput YDP-YDP BKAN ke majlis pertemuan tersebut sekaligus menafikan keterlibatan BKAN dalam isu yang dinyatakan.


MUHAMMAD ‘ASRI BIN MOHD SALIM
(YANG DIPERTUA KPIPM)

ANAS BIN MOHD BHUKHARI            
 (YANG DIPERTUA BKASM)

MOHAMMAD BIN MOHAMAD ZIN
(YANG DIPERTUA KPKM)

SYAHID SYAMIL BIN RAMLI              
(YANG DIPERTUA BKMIP)

USAMAH BIN ARIS            
 (YANG DIPERTUA BKPJM)

AHMAD RABBANI BIN ISMAIL    
 (YANG DIPERTUA BKKIMM)

AHMAD WALIYUDDIN BIN JOHARI
(YANG DIPERTUA KPT)

MOHD JASRY RAIMY BIN JOHARI    
 (YANG DIPERTUA BKPPPM)

MUHAMMAD YASIN BIN AWANG      
 (YANG DIPERTUA BKAWM)

AHMAD MAHIR BIN C. NASRUDDIN    
 (YANG DIPERTUA KPP)

MOHD SHAFIQ BIN MOHD NASER      
 (YANG DIPERTUA MKKK)

#BersamaBersatu
#Satu_Fikrah_Satu_Amal

"Memartabat Keilmuan Meribat Kesatuan"
"BKKIMM Tetap Di Hati"




No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.