Sunday 6 September 2015

KEBAJIKAN AHLI TERUS DISUARAKAN


KEBAJIKAN AHLI TERUS DISUARAKAN


             KAHERAH, 27 Ogos 2015 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan perjumpaan bersama Pegawai Atase Pendidikan Melaka Mesir, Ustaz Mohd Anuar bin Idris di Pejabat Pentadbiran Wisma Seri Melaka sementara bagi meneruskan agenda kebajikan kepada anak-anak Melaka di Pelembahan Nil.


             Perjumpaan yang telah diketuai oleh Timbalan Yang Di-Pertua, Saudara Ahmad Razin bin Mohd Fauzi telah membincangkan beberapa permasalahan dalam kalangan anak-anak Melaka terutama di kediaman Rumah Melaka Sementara (RSM). Antaranya ialah laporan kerosakan yang diserahkan kepada pegawai. Beliau mengambil serius akan perkara tersebut  dan aka mengambil tindakan susulan bagi mengatasinya demi keselesaan penghuni.


             Dalam perjumpaan tersebut, wakil BKKIMM, Saudara Mohd Anuar bin Abdullah selaku Ketua Unit Pendidikan sesi ini telah membentangkan kertas kerja kelas pengajian tahsin al-quran yang baru bermula di bawah kelolaan Unit Pendidikan sendiri. Tambahan pula, kelas ini mendapat sambutan di kalangan ahli terutama mahasiswa dan mahasiswi baru.


             Seterusnya, hasil perbincangan dalam kunjung hormat ke pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang telah berjaya dilaksanakan di Malaysia oleh wakil pimpinan BKKIMM baru-baru ini telah dibawa kepada pihak pejabat. Antaranya ialah berkaitan status dermasiswa TAPEM dan pemakluman culaan anak-anak Melaka yang tidak mendapat sebarang tajaan.


             Akhir sekali, pihak BKAN Melaka berharap segala kerjasama yang dijalinkan bersama pihak pejabat dapat disalurkan manfaatnya kepada seluruh anak Melaka agar dapat menjalani pembelajaran dan kehidupan dengan lebih baik.

"Memartabat Keilmuan Meribat Kesatuan "
" BKKIMM Tetap Di Hati "


Disediakan Oleh,

Jabatan Setiausaha Agung
Badan Kebajikan Keluarga islam Melaka Mesir (BKKIMM)
2014/2015










No comments:

Post a Comment