Saturday 9 April 2016

PENANGGUHAN PROGRAM DI PERINGKAT BKKIMM


Persediaan menghadapi peperiksaan fasa kedua bagi sesi 2015/2016 semakin dirasai. Semua mahasiswa/wi bertungkus lumus bagi memastikan memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi.
    Sehubungan itu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dengan ini memaklumkan bahawa tanggal 8 Rejab1437 H bersamaan 15 April 2016 sebagai tarikh penangguhan program di peringkat BKKIMM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, motivasi serta program Sambutan Delegasi Kerajaan Negeri Melaka. Hal ini bagi memberi peluang kepada semua anak Melaka melakukan persediaan awal dan menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran, sesuai dengan penekanan gagasan BKKIMM pada sesi kali ini iaitu " Pemantapan Fikrah Melalui Thaqafah dan Ilmiah "

   Untuk makluman semua Mahasiswa/wi Melaka Mesir, berkaitan dengan kehadiran delegasi kerajaan Negeri Melaka, kita BKKIMM masih lagi tidak menerima sebarang maklumat rasmi daripada pihak berwajib. Justeru itu, sebarang info terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

   Akhirnya, BKKIMM mendoakan agar semua Mahasiswa/wi memperolehi kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan fasa kedua ini.

"Mahasiswa Berhikmah Bakti Dicurah"
"BKKIMM Tetap Di Hati"

Sekian,

Muhammad Khidhir bin Abd Hamid
Timbalan Yang Dipertua,
Ketua Unit Perancang dan Panitia
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2015/2016

No comments:

Post a Comment