Tuesday 20 October 2020

MAKLUMAN PENANGGUHAN TARIKH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KALI KE-33 BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) SESI 2019/2020





MAKLUMAN PENANGGUHAN TARIKH
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) KALI KE-33 
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) SESI 2019/2020

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga ke atas keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan yang mengikuti mereka hingga hari kiamat.

1. Seperti sedia maklum, Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-32 yang bertarikh 19 Oktober 2019 pada sesi lepas sudah genap kepada tempoh setahun ianya berlangsung. Menurut Undang-undang Tubuh (UUT) BKKIMM, Mesyuarat Agung Tahunan perlu diadakan dalam tempoh setahun sekali. 

2. Sehubungan itu, peringkat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKKIMM sesi 2019/2020 telah melakukan beberapa siri perbincangan. Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk pelaksanaan MAT dalam tempoh ini, antaranya:-

a. Ahli BKKIMM yang berada di Mesir ketika ini tidak mencapai separuh daripada bilangan ahli keseluruhan atas faktor ramai yang masih berada di Malaysia. Berdasarkan bilangan ahli yang terkini, adalah tidak memadai untuk dilaksanakan MAT pada waktu sekarang sebagaimana yang telah termaktub dalam UUT pada fasal 16 ceraian 3. 

b. Berikutan wabak COVID-19 yang turun naik statistiknya ketika ini, peringkat pimpinan BKKIMM memerlukan pengkajian yang lumat berkaitan teknikal terbaik untuk pelaksanaan MAT dalam situasi sekarang ini. Merujuk kepada UUT, sekiranya berlaku keadaan mendesak untuk tidak mengikuti UUT, pihak Yang Dipertua (YDP) berhak membuat satu keputusan yang terbaik demi menitikberatkan kemaslahatan bersama.

3. Berdasarkan perbincangan para pimpinan dan anggota penasihat serta budi bicara YDP berkenaan situasi ini, peringkat pimpinan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menangguhkan dahulu tarikh pelaksanaan MAT kali ke-33 demi kemaslahatan bersama kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 

4. Pada kesempatan ini juga, sukacita peringkat BKKIMM menyarankan kepada semua ahli agar sentiasa mematuhi Standard Operation System (SOP) seperti yang telah digariskan oleh pihak berwajib ekoran daripada wabak COVID-19 yang masih aktif di Mesir. 

5. Tidak lupa juga diucapkan Selamat Kembali ke kuliah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Melaka di Mesir. Ayuh kita bersama-sama berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dalam pembelajaran kelak. 

Akhir sekali, marilah sama-sama tingkatkan doa dan amal soleh serta menunaikan hak-hak selaku seorang Muslim di muka bumi Allah ini. Semoga Allah SWT memudahkan perjalanan organisasi BKKIMM dan ahli-ahlinya pada masa akan datang serta melindungi kita semua daripada dijangkiti wabak COVID-19.

"Professionalisme Mahasiswa, Membina Ilmuan Berbakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKeluargaKita
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : 
MUHAMMAD HAFIZ SYAKIRIN BIN MOHD YAZID, 
SETIAUSAHA AGUNG, 
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR, 
sesi 2019/2020

No comments:

Post a Comment