Sunday 5 December 2021

[ TERIMA KASIH & TAHNIAH YAB MENTERI KEDAH DAN MAJLIS KEBAJIKAN KELUARGA KEDAH (MKKK) ]


 


  Pada 30 November 2021, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah menerima undangan hadir ke Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Kedah (MESRA '21). Majlis tersebut telah dihadiri oleh dua orang wakil daripada BKKIMM iaitu Ustaz Umar Muhammad bin Ridzuan selaku Yang Dipertua BKKIMM sesi 2021/2022 serta Ustazah Siti Mariam binti Mohamed Ishak selaku Timbalan Ketua HEWI BKKIMM sesi 2021/2022. 



  Majlis telah dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah, Ustaz Muhammad Muaz bin Shahrul Niza. Kemudian, diteruskan dengan Ucapan Atase Pendidikan Kedah, Tuan Azhar bin Shoid dan diserikan lagi dengan amanat serta ucapan daripada YAB MB Kedah, Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. 


  Majlis kemudiannya disempurnakan dengan sesi dialog dua hala antara  YAB Menteri Besar dan Delegasi yang hadir bersama Mahasiswa Kedah.


  Di kesempatan ini, peringkat BKKIMM mengucapkan ribuan terima kasih kepada MKKK di atas anjuran dan jemputan undangan ke Majlis MESRA '21. Tidak dilupakan juga kepada pihak YAB Menteri Besar serta delegasi atas kesudian meluangkan waktu bersama dan memberi suntikan semangat kepada seluruh Mahasiswa yang berada di Mesir untuk terus menuntut ilmu dan pulang berkhidmat kepada masyarakat akan datang. 




  BKKIMM juga berharap kerjasama serta hubungan yang sedia terjalin antara MKKK  dan BKKIMM serta seluruh Badan Kebajikan Anak Negeri diperkukuh dan diperteguh dari semasa ke semasa.


"Medan Islami Menuai Bakti"

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"


#1Hati1Wahdah

#BersamaBersatu


Disediakan Oleh : Jabatan Setiausaha Agung sesi 2021/2022

No comments:

Post a Comment