Kaherah,
28 Jun 2014 - Bersempena Ramadhan al-Mubarak
yang bakal menjelma, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir 2013/2014 (BKKIMM’13/14)
telah menganjurkan program sehari bersama ahli. Program yang berlangsung Isnin
lalu di bawah kelolaan Unit Dakwah dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian
dan Sukan diisi dengan beberapa
pengisian menarik bersama anak-anak Melaka. Antaranya ialah ziarah dari rumah
ke rumah ahli bagi ikhwah dan HEWI’s Moonlight Dinner bagi akhawat.
Program ziarah dari rumah ke rumah yang
berlangsung di peringkat ikhwah dimulai dengan qasidah diikuti tazkirah yang disampaikan
oleh Ahli Majlis Tertinggi BKKIMM dan diakhiri dengan pemberian Syantah Ramadan
oleh saudara Ahmad Rabbani bin Ismail, Yang Di-Pertua BKKIMM. Sementara itu, di
peringkat akhawat pula telah berjalan aktiviti makan malam Hewi’s Moonlight
Dinner. Makan malam ini turut dihadiri
oleh wakil pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang juga merupakan HEWI
angkat Melaka iaitu saudari Wan Nur Amirah binti Wan Yusoff dan saudari Nur
Hamizah binti Majid. Turut dimeriahkan dengan persembahan, tayangan video dan
pemberian Syantah Ramadan kepada setiap wakil rumah oleh saudari Nurul Atikah
binti Ahmad, Timbalan Ketua Hewi BKKIMM.
Program sehari bersama ahli tersebut bertujuan
merapatkan lagi ukhuwah dan kasih-sayang sesama anak Melaka serta menghidupkan
budaya saling menziarahi sesama ahli. Program ini juga bertepatan dengan
gagasan yang ingin dicapai oleh BKKIMM, iaitu ‘Ukhwah dan Wahdah’.
Semoga dengan penganjuran program ini dapat menyatukan hati anak-anak Melaka demi
mengekalkan kesatuan BKKIMM yang telah wujud sejak 1976.
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"MELESTARI KESATUAN MERENTASI PERJUANGAN"
"BKKIMM PILIHAN KAMI"
No comments:
Post a Comment