Saturday, 4 April 2015
BULAN THAQAFAH MEDAN MUZAKARAH ILMU
Bismillahirrahmanirrahim……
Segala pujian selayaknya milik Allah S.W.T yang mentadbir seluruh alam semesta, selawat serta salam buat junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana kalau tidak kerana baginda, nescaya kita tidak mendapat menikmati keindahan Islam hari ini. Tidak dilupakan juga buat para sahabat baginda yang sentiasa berjuang menegakkan kalimah Allah yang mulia dan para tabi’ tabi’in yang terus-menerus membawa risalah islam sehingga kini.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita dapat lagi sama-sama merasai nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita sehingga ke hari ini kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan sentosa bawah lindungan Allah S.W.T dengan kita melakukan apa yang diperintahkan dan menjauhi segala apa yang dilarang oleh-Nya.<
> Firman Allah dalam Surah At-Taubah , ayat ke-121 yang bermaksud : “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, muah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)”. Berdasarkan ayat di atas, Allah menyeru kepada kita supaya wujud golongan ataupun individu di antara kita yang menuntut ilmu Allah S.W.T ini dengan lebih mendalam supaya ia dapat memberikan pengajaran ataupun pedoman buat mereka yang tidak berpeluang mendalami agama Islam itu sendiri.
Justeru itu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir BKKIMM dibawah kelolaan Unit Pendidikan mengambil inisiatif dan peluang yang ada untuk merangka dan menyusun beberapa program samada berbentuk thaqafah ataupun kemahiran sepanjang bulan April ini bagi memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi Melaka yang berada di Mesir ini sebagai persediaan yang lengkap dan kukuh bagi mengatasi mehnah dan tribulasi yang bakal mendatang apabila berkhidmat di tanah air.
Akhirnya, BKKIMM khususnya Unit Pendidikan mengharapkan agar program-program yang disusun ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengalaman dan input-input yang berkaitan supaya masayarakat kita tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang mengelirukan seterusnya menimbulkan kesearan dalam diri untuk lebih mendalami agama Islam itu sendiri.
“SATU_FIKRAH_SATU_AMAL”
”MEMARTABAT KEILMUAN MERIBAT KESATUAN”
“BKKIMM TETAP DI HATI”
MUHAMMAD ANUAR BIN ABDULLAH
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
(KETUA UNIT PENDIDIKAN)
BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR
(BKKIMM) SESI 2014/2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment