Thursday, 1 October 2015

Bersama Membincangkan Permasalahan Dua Pihak

KAHERAH, 22 SEPTEMBER 2015 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mengadakan pertemuan baru-baru ini bersama Pegawai Atase Pendidikan Negeri Melaka, Encik Haji Anwar Bin Idris. Pertemuan pada kali ini telah diketuai oleh saudara Ahmad Rabbani Bin Ismail selaku Yang Di-Pertua BKKIMM. Antara fokus utama perbincangan pada kali ini adalah berkaitan isu penempatan Mahasiswa Melaka Mesir yang berada di Malaysia dan Mesir.

 Kronologi perbincangan sebelum ini berkaitan cadangan pegawai untuk memindahkan mahasiswa baru ke Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) ekoran kepadatan penghuni di RMS berikutan kepulangan semula ahli yang menetap di bangunan ini ke Mesir. Selain itu, BKKIMM mencadangkan kepada pihak pegawai supaya memberikan wang pampasan kepada ahli Melaka yang berkenaan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat yang dilihat akan membebankan mahasiswa tersebut.

Semasa pertemuan tersebut, wakil BKKIMM, Saudara Mohd Anuar bin Abdullah selaku Ketua Unit Pendidikan sesi ini turut memaklumkan perkembangan Kelas Tahsin Al-Quran yang telah dijalankan dibawah kelolaan Unit Pendidikan. Isu kerosakan RMS juga telah diadukan dan beliau memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan susulan untuk menyelesaikan kerosakan yang berlaku.
Seterusnya, makluman kepada pegawai berkaitan program terdekat diperingkat BKKIMM iaitu program Sambutan Hari Raya Aidiladha (SAHRA ’15) yang akan berlangsung tidak lama lagi. Tambahan pula, program ini merupakan program yang saban tahun dianjurkan oleh BKKIMM.

Antara isu kebajikan lain yang diajukan kepada pihak pejabat berkaitan permasalahan kos rawatan saudara Rohaizad Bin Md Nor dan status permohonan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) untuk sesi 2015/2016.

Pihak BKKIMM sentiasa bersedia bekerjasama dengan Pegawai Melaka dalam menyelesaikan permasalahan anak Melaka dan berharap pegawai dapat melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin selaku wakil kerajaan Negeri Melaka. BKKIMM sangat berbesar hati dengan perjumpaan kali ini dan semoga ianya dapat menatijahkan satu hasil yang terbaik untuk semua.


"MEMARTABAT KEILMUAN MERIBAT KESATUAN"
"BKKIMM TETAP DI HATI"

No comments:

Post a Comment