Sesi
pengajian Fasa kedua bagi 2015/2016 akan bermula tidak lama lagi setelah fatrah
cuti peperiksaan yang lalu. Semua Mahasiswa/wi telah berusaha bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan.
Oleh yang
demikian, sistem pentarbiahan juga merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKKIMM terhadap
ahlinya sejajar dengan penekanan yang dibawa pada sesi kali ini iaitu
“Pemantapan Fikrah Melalui Thaqafah”.
Sehubungan
dengan itu, Jabatan Fasilitator dibawah Unit Dakwah BKKIMM sesi 2015/2016 mengumumkan
penyambungan tarikh Family Break Manhaji adalah pada 12 Febuari 2016
setelah hampir dua bulan perlaksanaan Family Break Amali. Justeru
itu, pihak BKKIMM mengharapkan seluruh Mahasiswa/wi dapat memanfaatkan setiap
peluang yang ada dan memberikan komitmen
sepenuhnya ketika Family Break Manhaji berlangsung.
Peringkat
BKKIMM juga mendoakan semua Mahasiswa/wi agar mempunyai kekuatan rohani
serta syakhsiah yang bakal membentuk ciri-ciri muslim sejati.
“Mahasiswa Berhikmah, Bakti Dicurah”
“Memurnikan
Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
#BKKIMMTetapDiHati
#BersamaBersatu
Disediakan oleh :
Jundullah bin Said
Ketua Unit Dakwah
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka
Mesir sesi 2015/2016