KAHERAH,
29 JUN 2019 - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah
berjaya mengadakan program yang yang diberi nama IHTIRAM dan Sambutan Lebaran
Anak Melaka 2019 (ITQAN ’19) khusus buat anak-anak Melaka di Perlembahan Nil.
Tema yang dibawa oleh komiti program pada kali ini adalah “Kesempurnaan
Ramadan, Kesucian Lebaran” yang telah diketuai oleh Ustaz Muhammad Ismail bin
Samsudin selaku pengarah dan timbalan pengarah, Ustazah Nur Syafiqah binti
Mohamed Nasir.
Komiti ITQAN ’19 sebulat suara telah menggariskan beberapa objektif
untuk program ini, iaitu yang pertama dapat meningkatkan keimanan kepada Allah
S.W.T dengan menghayati bulan Ramadan sebagai Universiti Tarbiyah demi meraih
Mardhatillah. Kedua adalah menyeru ahli BKKIMM dalam membentuk kefahaman
Rabbaniyyun di samping membaktikan ilmu untuk perjuangan Islam. Seterusnya
sekaligus menjadikan Ramadan dan sambutan Aidilfitri sebagai medan untuk
membina serta menyatupadukan fikrah dan amal melalui jalinan Ukhuwah Islamiah
sesama mahasiswa/wi Melaka.
Program yang berkonsepkan Melayu Tradisional ini telah menyusun
pelbagai pengisian dan aktiviti bagi memanfaatkan bulan yang penuh mulia ini
dimulai dengan pengisian berbentuk thaqafah iaitu Diskusi Kitab (Maza Nurid Fi
Ramadan), pengisian kerohanian iaitu galakan tadarus bacaan Al-Quran, Tazkirah
Khas, dan Singgah Tarawih yang telah disusun oleh Unit Pengisian ITQAN’19.
Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik seperti Ribat Perdana,
Iftar Jamaie, Majlis Khatam Al-Quran, serahan Shantoh Ramadan, agihan bubur
lambuk, Piring Iftor dan pelbagai lagi aktiviti yang bermanfaat.
Bagi meraikan kegembiraan di bulan kemenangan, ITQAN ’19 diteruskan
lagi pada bulan Syawal dengan pelbagai aktiviti yang tidak kurang menariknya
seperti bersama-sama mendengar perutusan Yang Dipertua BKKIMM, Ustaz Muhammad
Audi bin Ismail, Solat Sunat Aidilfitri bersama warga Mesir di Masjid Musa ,
pembacaan Hadith Musalsal, pertandingan media sosial serta Rumah Terbuka BKKIMM
yang telah dihadiri oleh VIP dan seluruh ahli BKKIMM. Seterusnya, Majlis
Perasmian Penutup ITQAN’19 telah disempurnakan oleh Al Fadilah Ustazah Athirah
binti Safi’uddin, Penasihat BKKIMM serta persembahan jemputan dari kumpulan
Al-Wadi yang bertempat di Dewan Masjid Salam, Hayyu Asyir dengan kehadiran ahli
BKKIMM serta VIP seramai 130 orang Ikhwah dan
Akhawat.
Akhirnya, semoga dengan sambutan ITQAN ’19 ini dapat mengeratkan
lagi ikatan ukhuwah yang terpatri agar gerak kerja dakwah dapat diteruskan di
samping bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita dan dapat menambah
ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.
“Kesempurnaan
Ramadan, Kesucian Lebaran”
“Memurnikan Fikrah, Membina Sahsiah”
#IstiqamahMeraihMardhatillah
#BKKIMMKeluargaKita
Disediakan
oleh :
Setiausaha
(Promosi dan Disiplin) ITQAN’19 | BKKIMM sesi 2018/2019
No comments:
Post a Comment