KAHERAH, 18 Ogos - Anak-anak Melaka di Mesir merasa bertuah apabila Delegasi Kerajaan Negeri Melaka sekali lagi turun ke Wisma Melaka, Kaherah baru-baru ini. Rombongan yang diketuai oleh Y.B. Datuk Hj. Naim bin Abu Bakar, Pegawai Kewangan Negeri Melaka, itu disambut baik dan sempat beramah mesra dengan seluruh Anak-anak Melaka yang berhimpun di Wisma Melaka pada 13 Ogos. Rombongan tersebut telah memeterai perjanjian pembelian bangunan Marwah di El-Hayy El-Sabie', Mesir dengan El-Attal Group Brothers Ltd. pada 16 Ogos. Bangunan tersebut akan dijadikan sebagai penempatan baru bagi anak-anak Melaka di Mesir sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd. Rustam ketika beliau berkunjung ke Mesir sebelum ini.
Pengurus Pelajar Melaka di Mesir, En. Roslan bin Abu Samah, serta Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang mewakili seluruh Anak-anak Melaka di Mesir mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan tersebut dan juga di atas keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan Anak-anak Melaka di sini.
>>Klik di sini untuk melihat galeri gambar
No comments:
Post a Comment