UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Friday, 1 January 2010

Pelajar Baru Lulus Imtihan Qabul

Enam orang mahasiswa-mahasisiwi baru Universiti Al-Azhar dari negeri Melaka adalah antara mereka yang telah lulus dalam peperiksaan kelayakan ke Universiti Al-Azhar (Imtihan Qabul) baru-baru ini. Peperiksaan yang wajib dihadapi oleh semua siswa-siswi luar negara seperti Indonesia, Singapura dan Thailand ini telah berlangsung pada November lalu. Pelajar-pelajar lelaki dari Malaysia telah mengambil ujian ini pada 23 dan 24 November lepas, manakala para pelajar perempuan pula menghadapi ujian tersebut pada 25 November.
Salah seorang anak Melaka yang berjaya lulus dalam ujian ini, Nor Fadzilah binti Fadzir, menyatakan rasa bersyukur atas keputusan yang diperolehi. Tambahnya lagi dalam temuramah baru-baru ini, “Masa dengar khabar-khabar angin tentang ujian ini, membuatkan saya berasa takut kerana kami tidak terdedah langsung mengenai ujian ini di tanahair.” Namun beliau tetap positif bahawa setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Pihak berita dimaklumkan bahawa, tahun ini adalah tahun kedua peperiksaan ini diadakan bagi pelajar-pelajar baru dan kali pertama bagi para pelajar Malaysia. Semua pelajar Malaysia yang menduduki ujian ini mendapat keputusan lulus. “Saya harap selepas ini saya dapat menumpukan pula kepada peperiksaan semester satu yang bakal tiba tak lama lagi”, kata beliau menutup sesi temuramah tempoh hari.

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.