Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagiNya. Selawat
dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat
Baginda, para sahabat Baginda, kepada mereka yang menyahut petunjuk yang dibawa
Baginda serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari akhirat.
Sahabat
seperjuangan sekalian.
Dalam ayat
Al-quran dalam surah Ar-Ra’d
( ayat 11 ).Allah ada menyebut mahfumnya :
“ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu
kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri….”
Berusaha membersihkan rohani, memantapkan jiwa dan memperbetulkan
akhlak sesama mahasiswa/wi Islam Melaka merupakan antara gagasan yang
dibawa oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) di dalam
menegakkan amar makruf nahi mungkar. Gerak kerja sebegini tidak akan
berjaya sekiranya tanpa kerjasama dan kesatuan dari kalangan mahasiswa/wi Islam
Melaka sendiri.
Terdapat 6 gagasan yang akan dibawa dan diperhalusi bagi peringkat
BKKIMM pada sesi ini.
1.
Adab dan Tarbiah
2.
Ukhuwah dan Wahdah
3.
Amar Makruf dan Nahi
Mungkar
4.
Pemantapan Fikrah melalui
Thaqafah dan Ilmiah
5.
Kemantapan Ekonomi dan
Kebajikan
6.
Melatih dan Melahirkan
Pelapis Kepimpinan
Setiap gagasan akan mempunyai kaedah tersendiri dan akan diperincikan untuk
dijayakan oleh setiap peringkat samaada dari barisan pimpinan beserta setiap
anggota ahli, mahasiswa/wi Islam Melaka di Mesir ini.
Oleh yang demikian, kita sendirilah yang perlu merubah mentality dan
sikap masing-masing. Jadikan BKKIMM sebagai platform dalam menjayakan
amar makruf nahi mungkar ini. “ Kerana kita sedar kambing yang bergerak
berseorangan lebih disukai oleh si serigala berbanding kambing yang bergerak
secara berkumpulan “.Inilah antara kepentingan kita perlu bergerak secara
berpersatuan.
Dalam satu kata-kata yang pernah diucapkan oleh Saidina UMAR
AL-KHATTAB R.A ketika mana berjaya membebaskan bumi Palestin.
“ Kita adalah satu kumpulan yang telah dimuliakan oleh Allah dengan
Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan bukan dengan kemuliaan yang telah
diberikan oleh Allah, maka Allah akan menghina kita”
Begitu juga dengan BKKIMM, sekiranya BKKIMM mencari kemuliaan,
kemegahan dan habuan dunia semata dan bukan menjadikan Islam ( Al-quran dan
As-Sunnah ) sebagai panduan, maka tidak perlulah kita berkorban mempertahankan
kesatuan ini. Tetapi sedarlah bahawa BKKIMM merupakan sebuah gerakan
mahasiswa Islam bagi komuniti kecil Melaka di Mesir ini di bawah naungan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ).
Oleh yang demikian, sebagai gerakan dakwah tidak akan pernah gentar
dan goyah dalam menghadapi apa jua cabaran dan mehnah yang bakal ditempuhi demi
untuk menjulang Islam ke tempat yang tertinggi.
“ Islam itu yang tertinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya (
Islam ) “
BKKIMM pasti terus bergerak dan BKKIMM milik semua adalah
menjadi tema serta pembawakan BKKIMM kali ini. Ini bagi menjelaskan kepada
semua mahasiswa/wi, inilah bezanya kesatuan kita yang berjuang dan berkorban
demi keagungan Islam berbanding pihak lain yang wujud semata untuk kepentingan
peribadi bukannya untuk kepentingan UMUM.
“ Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala
perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan
keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…. “
( Surah Ali Imran, ayat 110 )
Mari sama-sama
kita pastikan yang :
BKKIMM
akan terus bergerak dan BKKIMM adalah milik semua!
AMIR
AL-AMIN BIN MUSTAFF
Yang
Di-Pertua
Badan
Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi
2011/2012
Salam Ustaz,Cadangan dari saya, tambahkan pada MOTTO BKKIMM daripada berilmu dan beramal kepada (BERILMU,BERAMAL DAN BERJIHAD)
ReplyDeleteWslm...terima kasih di atas cadangan sahabat...perkara ini berkaitan dengan undang-undang tubuh BKKIMM...jadi ia mesti diusul dan dibahaskan dalam mesyuarat agung tahunan (MAT) sebelum digazetkan sebagai MOTTO BKKIMM yang baru...harap maklum...YDP BKKIMM...
ReplyDeleteSalam...semoga terus berjuang untuk kebenaran...yang penting bijak membuat perancangan.....
ReplyDeleteEXBKKIM