Wednesday 8 September 2010

Kalam YDP sesi 2011/2012




Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda, para sahabat Baginda, kepada mereka yang menyahut petunjuk yang dibawa Baginda serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari akhirat.

Sahabat seperjuangan sekalian.
Dalam ayat Al-quran dalam surah Ar-Ra’d 
( ayat 11 ).Allah ada menyebut mahfumnya :

“ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri….”

Berusaha membersihkan rohani, memantapkan jiwa dan memperbetulkan akhlak sesama mahasiswa/wi Islam Melaka merupakan antara gagasan yang dibawa oleh Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ) di dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar. Gerak kerja sebegini tidak akan berjaya sekiranya tanpa kerjasama dan kesatuan dari kalangan mahasiswa/wi Islam Melaka sendiri.

Terdapat 6 gagasan yang akan dibawa dan diperhalusi bagi peringkat BKKIMM pada sesi ini.

1.       Adab dan Tarbiah
2.       Ukhuwah dan Wahdah
3.       Amar Makruf dan Nahi Mungkar
4.       Pemantapan Fikrah melalui Thaqafah dan Ilmiah
5.       Kemantapan Ekonomi dan Kebajikan
6.       Melatih dan Melahirkan Pelapis Kepimpinan

Setiap gagasan akan mempunyai kaedah tersendiri dan akan diperincikan untuk dijayakan oleh setiap peringkat samaada dari barisan pimpinan beserta setiap anggota ahli, mahasiswa/wi Islam Melaka di Mesir ini.

Oleh yang demikian, kita sendirilah yang perlu merubah mentality dan sikap masing-masing. Jadikan BKKIMM sebagai platform dalam menjayakan amar makruf nahi mungkar ini. “ Kerana kita sedar kambing yang bergerak berseorangan lebih disukai oleh si serigala berbanding kambing yang bergerak secara berkumpulan “.Inilah antara kepentingan kita perlu bergerak secara berpersatuan.

Dalam satu kata-kata yang pernah diucapkan oleh Saidina UMAR AL-KHATTAB R.A ketika mana berjaya membebaskan bumi Palestin.

“ Kita adalah satu kumpulan yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan bukan dengan kemuliaan yang telah diberikan oleh Allah, maka Allah akan menghina kita”

Begitu juga dengan BKKIMM, sekiranya BKKIMM mencari kemuliaan, kemegahan dan habuan dunia semata dan bukan menjadikan Islam ( Al-quran dan As-Sunnah ) sebagai panduan, maka tidak perlulah kita berkorban mempertahankan kesatuan ini. Tetapi sedarlah bahawa BKKIMM merupakan sebuah gerakan mahasiswa Islam bagi komuniti kecil Melaka di Mesir ini di bawah naungan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ).
Oleh yang demikian, sebagai gerakan dakwah tidak akan pernah gentar dan goyah dalam menghadapi apa jua cabaran dan mehnah yang bakal ditempuhi demi untuk menjulang Islam ke tempat yang tertinggi.

“ Islam itu yang tertinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya ( Islam ) “

BKKIMM pasti terus bergerak dan BKKIMM milik semua adalah menjadi tema serta pembawakan BKKIMM kali ini. Ini bagi menjelaskan kepada semua mahasiswa/wi, inilah bezanya kesatuan kita yang berjuang dan berkorban demi keagungan Islam berbanding pihak lain yang wujud semata untuk kepentingan peribadi bukannya untuk kepentingan UMUM.

“ Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…. “ ( Surah Ali Imran, ayat 110 )

Mari sama-sama kita pastikan yang :
BKKIMM akan terus bergerak dan BKKIMM adalah milik semua!

AMIR AL-AMIN BIN MUSTAFF
Yang Di-Pertua
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2011/2012

3 comments:

  1. Salam Ustaz,Cadangan dari saya, tambahkan pada MOTTO BKKIMM daripada berilmu dan beramal kepada (BERILMU,BERAMAL DAN BERJIHAD)

    ReplyDelete
  2. Wslm...terima kasih di atas cadangan sahabat...perkara ini berkaitan dengan undang-undang tubuh BKKIMM...jadi ia mesti diusul dan dibahaskan dalam mesyuarat agung tahunan (MAT) sebelum digazetkan sebagai MOTTO BKKIMM yang baru...harap maklum...YDP BKKIMM...

    ReplyDelete
  3. Salam...semoga terus berjuang untuk kebenaran...yang penting bijak membuat perancangan.....


    EXBKKIM

    ReplyDelete