Saturday 25 September 2010

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & HAFLAH NAJIHIN SESI 2010/2011

DEWAN MUALLIM - "SEINDAH LEBARAN SECANGKIR MAHABBAH" Begitulah tema bagi sambutan Hari Raya anjuran BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) pada tahun ini. Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Haflah Najihin telah diadakan pada hari Sabtu, 14 September 2010 bersamaan 4 Syawal 1431H. Haflah Najihin dianjurkan adalah bertujuan memberi perangsang dan semangat kepada semua pelajar yang berjaya dalam imtihan dan seterusnya memberi motivasi dan galakan kepada pelajar yang kurang bernasib baik.

Majlis telah bermula sekitar jam 5.30 petang yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengarah program, al-fadhil USTAZ AHMAD FUAD BIN MOHD LIZAH, ucapan daripada YDP BKKIMM, al-fadhil USTAZ HARMAN BIN HASAN, dan disusuli dengan kalam taujihat daripada PEGAWAI HAL-EHWAL & KEBAJIKAN PELAJAR MELAKA di MESIR, al-fadhil USTAZ ANWAR BIN IDRIS sekaligus merasmikan majlis pada hari tersebut.

Majlis Hari Raya pada tahun ini adalah berkonsepkan warna-warni di hari raya dan telah dikendalikan oleh 2 orang pengacara yang tidak asing lagi iaitu USTAZ EFFENDI dan USTAZ NAZERI. Antara acara menarik yang berlangsung adalah Seloka di Hari Raya, Dendang Perantau dan Riang Ria di Hari Raya.Majlis bertambah meriah lagi dengan persembahan dari pelajar-pelajar baru dan persembahan gabungan dari AJKT baru dan lama. Majlis ini bermula selepas isya' dan berakhir pada pukul 12.00 malam.

Semoga kegembiraan yang dikecapi pada MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN HAFLAH NAJIHIN pada tahun ini menjadi kenangan kepada semua warga yang hadir dan dapat memperkukuhkan ukhwah yang terjalin diantara ahli BKKIMM. w.a.

No comments:

Post a Comment