Saturday 25 September 2010

BKKIMM Terima Kunjungan Speaker Negeri Melaka

WISMA MELAKA, KAHERAH - Baru-baru ini BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) telah menerima kunjungan dari rombongan delegasi Melaka yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri Melaka, YB DATUK WIRA OTHMAN BIN MUHAMAD dengan diiringi tiga orang pengiring iaitu YBhg. DATIN WIRA HALIMAH BTE BABA, YB DATUK LATIPAH BTE OMAR dan PUAN MARIAM BTE ILYAS.

Majlis yang berlangsung sekitar jam 11 pagi itu dimulakan dengan ucapan YDP BKKIMM,
al-fadhil USTAZ HARMAN BIN HASAN, ucapan PENGURUS HAL-EHWAL dan KEBAJIKAN PELAJAR di MESIR, al-fadhil USTAZ ANWAR BIN IDRIS dan disusuli kalam taujihat daripada
YB. DATUK WIRA OTHMAN BIN MUHAMAD.

Dalam ucapannya, beliau menyuarakan hasrat Ketua Menteri untuk melihat anak-anak MELAKA berjaya dan balik berkhidmat untuk negeri MELAKA. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri MELAKA yang amat prihatin terhadap kebajikan anak-anak negeri MELAKA yang berada di luar negara khususnya di MESIR.

Selain itu, beliau juga sempat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan seluruh warga BKKIMM bagi mendengar setiap permasalahan dan cadangan untuk diusulkan kepada kerajaan negeri MELAKA bagi meningkatkan lagi mutu dan prestasi pendidikan anak-anak negeri MELAKA.

Akhir sekali, majlis diakhiri dengan bacaan doa dan disusuli sesi lawatan rombongan delegasi ke WISMA SERI MELAKA yang siap dibina dan bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment