Thursday 14 October 2010

Mantan YDP Pulang Ke Tanahair


KAHERAH, 14 Okt. - Ust. Mohd Shahdan Bin Bakar, mantan Yang Dipertua (YDP) BKKIMM sesi lepas telah pulang ke tanahair, kelmarin. Ramai ahli BKKIMM dan juga pegawai, En. Muhd. Anwar bin Idris, mengucapkan salam perpisahan di perkarangan Wisma Seri Melaka sebelum beliau bertolak ke lapangan terbang. Sebahagian rakan sejawatnya dulu turut mengiringi beliau sehingga ke lapangan terbang.

Ust. Mohd Shahdan merupakan mahasiswa Kuliah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah. Beliau juga merupakan antara ahli BKKIMM yang banyak memberi komitmen terhadap persatuan dan mengambil berat akan kebajikan ahli BKKIMM. Sepanjang penglibatan beliau dalam BKKIMM, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Exco Perumahan dan Setiausaha Agung sebelum menjawat jawatan YDP sesi yang lepas. Kepulangan beliau merupakan suatu kehilangan yang besar buat BKKIMM.

[Kenang - bergambar sebelum berlepas]

2 comments:

  1. Selamat pulang, Shahdan. Doakan kejayaan seluruh anak-anak Melaka. :)

    ReplyDelete
  2. slmt pulang shahdan..mg lebih cemerlang di tanah air..

    ReplyDelete