Monday 4 October 2010

Minggu Sambutan Mahasiswa Baru (MSSB 10')

Wisma Melaka, Kaherah - Baru-baru ini Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan Minggu Sambutan Mahasiswa Baru (MSSB 10') yang diadakan selama tiga hari bermula 30 September hingga 2 Oktober 2010. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada mahasiswa baru tentang bumi Mesir yang juga dikenali sebagai Ardil Kinanah.

Banyak program bermanfaat yang telah disediakan kepada mahasiswa/wi baru bagi meningkatkan kemantapan syakhsiah dan kredibiliti seseorang yang bergelar mahasiswa. Antara program yang menarik adalah Explorace, Graf Kecemerlangan Hidup dan Pulau Impian. Selain itu, program motivasi juga diadakan bagi meningkatkan jati diri mahasiswa dalam menempuhi tribulasi medan ilmu di bumi anbia' ini.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah, AJK pelaksana serta seluruh saf kepimpinan BKKIMM kerana telah bersusah-payah memerah keringat dalam mengadakan program mega tahunan ini pada kali ini.

No comments:

Post a Comment