UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.

Thursday, 7 October 2010

WSM Penempatan Baru Pelajar Melaka

KAHERAH, 7 Okt. - Pelajar-pelajar Melaka telah mula memasuki imarah (bangunan) baru sejak kelmarin. Imarah setinggi 7 tingkat itu telah diberikan nama sebagai Wisma Seri Melaka (WSM). WSM tersergam indah dengan warna kuning menjadi warna utama di bahagian luarnya. Terletak di Haiyyu Sabie' (Syeksen 7), tidak jauh dari penempatan lama -Wisma Melaka (WM).

Aras bawah WSM menempatkan rumah pegawai dan juga rumah tetamu. Aras satu pula menempatkan kafeteria, bilik komputer, maktabah, dan juga pejabat pegawai. Manakala penempatan pelajar bermula dari aras dua. Ketika ini, ikhwah ditempatkan di aras dua dan tiga, manakala akhawat di aras empat dan lima. Sementara aras 6 dan 7 belum didiami. WSM juga memiliki satu ruang bawah tanah, yang mana ruang tersebut telah dijadikan surau.

No comments:

Post a Comment

author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.