Sunday 15 May 2011

Perlawanan Taakhi Siswa BKKIMM-BKASM


Kaherah, 13 Mei : Kemesraan diperingkat siswa BKKIMM dan BKASM  terserlah menerusi perlawanan pingpong taakhi diantara kedua-dua BKAN taakhi tersebut di surau Wisma Seri Melaka pada jam 5.00 petang Jumaat yang lalu. BKKIMM telah menghantar dua pasukan  beregu dan dua pasukan perseorangan  untuk bertembung dengan pasukan dari negeri merah-kuning itu.

Pada jam 9.00 malam bertempat di International Bowling Center pula sekali lagi kedua-dua pasukan taakhi ini telah bertemu di gelanggang bowling bagi perlawanan taakhi. Turut memeriahkan lagi pertandingan tersebut dengan kehadiran Badan Pengurus (BP) Angkat Melaka Ustaz Solehuddin bin Mohd Shafien dan Ustaz Nur Ahmad Wafiy bin Nur Azri. Pada peringkat awal perlawanan, pasukan dari BKAN Melaka yang  terdiri daripada barisan AJKT BKKIMM telah mendahului mata pasukan BKAN Selangor namun di akhir perlawanan Melaka tewas pada minit terakhir. Walau bagaimanapun, kalah menang adat permainan. Pasukan Melaka tetap terhibur dengan suasana meriah ketika perlawanan berlangsung.

Barisan kepimpinan PMRAM cawangan Melaka mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian BKASM dan BP Angkat Melaka kerana turut bersama-sama menyuntik semangat kepimpinan dan ahli BKKIMM menerusi aktiviti ini. Semoga tautan ukhuwwah menerusi liqo’ amali kali ini mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dintara kedua-dua BKAN taakhi ini. 


Perlawanan ping pong  di Wisma Seri Melaka





Perlawanan Bowling di International Bowling Center




No comments:

Post a Comment