Friday 13 May 2011

Liqo' Jam-'ie BKKIMM-BKASM



Markaz Selangor, 13 Mei : Bukti ikatan ukhuwwah taakhi BKKIMM dan BKASM kini makin terserlah menerusi liqo’ jama’ie yang telah diadakan di Markaz Selangor jam 10 pagi tadi. Gabungan liqo’ siswi baru BKAN Melaka bersama liqo’ siswi baru daripada BKAN Selangor di bawah kerjasama Unit Dakwah HEWI  BKKIMM dan BKASM telah disambut baik oleh kedua-dua ahli BKAN tersebut.


Pengisian pertama yang sangat bertenaga telah disampaikan oleh Ustazah Huzaifah binti Hassan bertajuk ‘Mahasiswi Berjiwa Besar’ membawa jiwa hadirin supaya berani ke hadapan menyahut cabaran selaku seorang mahasiswi Islam yang menjadi sayap kiri kepada perjuangan Islam.  Aktiviti menjadi semakin menarik dengan sesi ta’aruf yang diadakan dikalangan mereka mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Semua siswi Melaka yang menyertai liqo’ tersebut sangat berbesar hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh taakhi mereka daripada BKAN Selangor.

Dalam menangani isu yang berlaku pada BKKIMM, BKASM mengambil kesempatan pada liqo’ jama’ie kali ini dengan mengadakan slot penerangan isu yang telah diisi oleh Timbalan ketua HEWI BKKIMM Ustazah Nurul Hidayah Abas dan Timbalan Yang Dipertua 2 BKASM Ustazah Rozana Masnan. Hadirin yang hadir turut diberi peluang untuk menyelami badai yang dilalui ahli BKKIMM sepertimana yang telah ditempuhi BKASM suatu ketika dahulu dengan adanya penubuhan Badan Anak Selangor (BAS). Salah seorang ahli BKASM telah membentangkan kronologi penubuhan BAS yang mempunyai modus operandi yang sama dengan penubuhan satu lagi persataun baru anak Melaka iaitu Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM).

Liqo’ gabungan yang diakhiri dengan solat Zohor dan solat hajat berjemaah turut diserikan dengan kehadiran HEWI Angkat PMRAM Cawangan Melaka, Ustazah Fathiyah binti Mohd Razi. Unit Dakwah BKKIMM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak BKASM yang setia bekerjasama dengan pihak kami tidak kira waktu susah dan senang. Semoga jalinan ini memberikan dorongan yang padu buat anak-anak Melaka terutama menjelang musim peperiksaan ini. 

No comments:

Post a Comment