Friday 6 May 2011

Nur Dhuha BKKIMM Bersama BKMIP




Kaherah, 7 Mei : Menyambung semula siri-siri pentarbiyahan dan pengisain rohani selepas mengadakan qiamullail bersama-sama , Unit Dakwah HEWI BKKIMM telah meneruskan aktiviti dengan mengadakan  muzakarah berkelompok berbentuk gabungan pada jam 8.30 pagi tadi. Aktiviti dimulai dengan solat dhuha secara berjemaah dan semua mahasiswi yang hadir telah diberi pengisian dalam kuliah dhuha yang telah disampaikan oleh Ustaz Ridzuan bin Abdul Aziz, Yang Dipertua Badan Keluarga Mahasiswa/wi  Islam Pahang (BKMIP). Pengisian yang sangat bernilai itu telah membuka minda mahasiswi yang hadir mengenai cara untuk menjadi muslimah yang mampu mencetus kejayaan ummah. Al-fadhil al-ustaz turut menyentuh persoalan aqidah yang merupakan tunjang kekuatan seseorang muslim dalam meniti liku kehidupan di dunia ini.

Turut menyertai aktiviti tersebut adalah Naib Pengerusi HEWI BKMIP Ustazah Syamsiah Samsudin serta beberapa ahli PMRAM cawangan Pahang yang merupakan BKAN taakhi’ kepada PMRAM cawangan Melaka. Barisan kepimpinan HEWI BKKIMM sesi 2010/2011 mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak BKMIP yang sanggup turun bekerjasama dengan BKKIMM  dalam melaksanakan segala program yang diadakan. Semoga kunjung ziarah taakhi pada aktiviti kali ini memberikan suntikan semangat kepada semua ahli BKKIMM untuk meneruskan perjuangan demi memastikan survival islam terus dijulang.

No comments:

Post a Comment