Monday 1 August 2011

Jenazah Fatin Fasihah Selamat Dikebumikan

31 Julai 2011, Kaherah - Seorang mahasiswi Melaka yang menghidapi penyakit SLE (Systemic Lopus Erythematous) telah disahkan meninggal dunia malam tadi di Hospital Kasr El-Ainy. Allahyarhamah Fatin Fasihah binti Hanafi menghembuskan nafas terakhir setelah koma sejak 11 Julai lalu akibat pendarahan dalam otak dan serangan jantung.

Walaubagaimanapun, makluman mengenai pemergian arwah hanya diketahui petang tadi ketika ayah arwah, En. Hanafi bin Muhammad Rahmat, dan beberapa orang rakannya datang ke hospital pada waktu lawatan. Hospital memaklumkan bahawa kelewatan tersebut berlaku kerana pihak hospital gagal menghubungi pihak yang berwajib.

Jenazah telah disolatkan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) (Asrama Rumah Melayu Abasiah- ARMA) selepas solat terawih dan dikebumikan di
perkuburan warga Malaysia di Hayyu 'Asyir. Pengkebumian jenazah selesai lebih kurang jam 10.30 malam tadi.







Gambar: Jenazah selamat disolatkan dan akan dihantar ke Perkuburan Warga Malaysia di Hayyu Asyir


Rakan-rakan arwah yang ditemui ketika solat jenazah menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat kuat dan luarbiasa menghadapi penyakit tersebut. Arwah kembali ke rahmatuLLAH selang sehari kepulangan ibunya, Pn. Zaleha binti Abd Rahim Abdul Rahman, serta adik bongsunya ke Malaysia pada 29 Julai lalu. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Al-Fatihah.

2 comments:

  1. Semoga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang soleh dan solehah. Amin~

    ReplyDelete
  2. correction,hanafi b rahmat,zaleha binti abdul rahman

    ReplyDelete