Saturday 13 August 2011

Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) 2011 Siri I dan II Berjalan Lancar



10-11 Ogos : Bagi merealisasikan hasrat kepimpinan peringkat pusat sekaligus menjayakan gagasan ke-6 BKKIMM iaitu melatih dan melahirkan pelapis kepimpinan, Jabatan Setiausaha Agung BKKIMM dengan kerjasama penuh komuniti pelaksana telah berjaya mengadakan Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) siri I dan II pada 10 dan 11 Ogos 2011 yang lalu. Bertempat di Wisma Sultan Muhammad V, Hayyu Sabie’, Kaherah, dua siri terawal kali ini telah menggabungkan kehadiran peserta dikalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Kecil Unit BKKIMM yang berjumlah kira-kira 40 orang peserta.
Dimulai dengan majlis perasmian oleh wakil Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Aziz bin Ali, selaku Timbalan Presiden merangkap Badan Pengurus Lajnah Perancang dan Panatia PMRAM 2011, peserta kemudiannya  didedahkan dengan beberapa slot yang memugar kembali semangat kepimpinan samada diperingkat AJKT mahupun AJK Unit. Rata-rata yang menyertai mengakui kepentingan program seperti KIK ini diadakan selain daripada melatih gerak kerja dalam memacu organisasi, malah memberi nilai tambah kepada seorang mahasiswa untuk berhadapan dengan masyarakat umum dan menceburkan diri dalam bidang pekerjaan apabila pulang ke tanah air kelak. Oleh yang demikian, pihak penganjur mengharapkan peserta akan terus konsisten dalam memberikan tumpuan pada KIK siri III (khusus untuk penyertaan AJKT) dan siri terakhir (dibuka kepada AJK Unit) yang akan diadakan pada 17 dan 18 Ogos 2011 akan datang.
JSUA BKKIMM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Pelajar Kelantan Mesir serta kepada barisan kepimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) yang bekerjasama dan sudi memberikan ruang khusus kepada anak-anak Melaka mengadakan program ini di permis mereka, serta seluruh tenaga pengisi yang telah menjayakan setiap slot yang diadakan. Semoga segala amalan perbuatan baik yang kalian lakukan diterima Allah S.W.T terutama dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, InsyaAllah.

“Kepimpinan Islamik Tunggak Ketelusan Pengurusan”

Laporan Oleh,
Komuniti Pelaksana
Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) 2011.









No comments:

Post a Comment