Ihya Ramadhan 1432H
8/8/2011- Kedatangan Ramadhan adalah satu nikmat anugerah Allah kepada umatNya. Ini kerana, pahala-pahala ibadah yang dilakukan akan digandakan oleh Allah pahalanya berlipat kali ganda. Di sinilah peluang yang patut dikejar oleh setiap umat Islam.
BKKIMM sebuah badan kebajikan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah turut tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan thaqafah serta kesedaran ahlinya untuk beramal ketika bulan Ramadhan yang mulia ini.
![]() |
Ramadhan dan BKKIMM |
Berikutan daripada itu, baru-baru ini, iftar jami'e antara semua ahli BKKIMM yang berada di Kaherah telah diadakan di Wisma Seri Melaka.Sambutan yang diterima amat menggalakkan.Majlis iftar kali ini dimulakan dengan bacaaan Yaasin dan tahlil ringkas serta solat sunat hajat sebelum hadirin dijamu dengan juadah berbuka puasa yang disediakan sendiri oleh Unit Masakan Ihya Ramadhan.
Majlis Perasmian Ihya Ramadhan BKKIMM 2010/2011 |
Dari kanan : Us Harman Bin Hassan ( YDP BKKIMM). En Anwar Bin Idris ( Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Pelajar Melaka ).Us Ridwan Ab Rahman ( Pengarah Ihya Ramadhan BKKIMM 2010/2011) |
Kempen Biah Solehah |
Diharapkan segala aktiviti yang disusun dapat diambil manfaatnya oleh setiap ahli BKKIMM.
BKKIMM bergerak dalam Ramadhan
Pendokong berkualiti menjadi harapan
Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan
Sirah Nabi menjadi panduan
Laporan oleh :
Unit Dakwah BKKIMM
Sesi 2010/2011
No comments:
Post a Comment