Saturday 27 August 2011

Melakar Mahabbah di Hujung Ramadhan


Melakar Mahabbah di Hujung Ramadhan
Kaherah, 26 Ogos 2011: Ramadhan yang bakal melabuhkan tirai tidak sekalipun membawa erti agenda kebajikan dan kesatuan BKKIMM wajar dihentikan. Malahan, 2 agenda besar ini terus didukung BKKIMM dan cuba digenggam dengan erat untuk kemaslahatan ahli khususnya, sejajar dengan matlamat Persekutuan yang menaungi BKKIMM selama ini, iaitu, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Mesir (PMRAM). Oleh itu, pada 26hb Ogos yang lalu, kepimpinan BKKIMM sempat mengadakan majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PMRAM Pusat. Pimpinan pusat diketuai Presiden PMRAM, Ust Zuhaili b. Saiman dan Timbalan Pengerusi Hewi PMRAM, Ustzh Nurain bt Yaacob tiba di WSM lebih kurang jam 6.15 petang disambut oleh AJKT dan AJKT HEWI BKKIMM. Majlis ringkas ini bermula dengan iftar ringan serta disusuli dengan solat maghrib secara berjemaah. Barisan kepimpinan Pusat kemudiannya dihidangkan dengan makanan berat berupa masakan tradisi di Negeri Melaka, iaitu asam pedas. Masa bersama ini digunakan oleh barisan kepimpinan cawangan dan pusat untuk saling beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan. Diharap aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara BKKIMM dengan PMRAM dalam menggalas amanah kebajikan dan kesatuan khasnya untuk anak-anak Melaka di Mesir. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan solat isyak, terawih dan witir berjemaah.
Barisan kepimpinan PMRAM Pusat dan AJKT BKKIMM yang hadir

No comments:

Post a Comment