Friday 21 October 2011

Pertukaran Fail Simbol Kelangsungan BKKIMM



18 Oktober 2011, Kaherah: BKKIMM terus bergerak dan komited meneruskan kebajikan buat ahli dengan membuka lembaran baru sesi pentadbiran 2011 / 2012 usai Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 pada 16 Oktober yang lalu. Majlis penyerahan fail AJKT BKKIMM 2010 / 2011 kepada AJKT sesi 2011 / 2012  dalam mesyuarat timbal balas AJKT hari ini menjadi bukti survival BKKIMM terus dipertahankan. Simbolik penyerahan fail AJKT ikhwah telah disempurnakan oleh Mantan YDP BKKIMM 2010 / 2011, Ust. Harman bin Hassan beserta YDP BKKIMM 2011 / 2012, Ust. Amir Al-Amin bin Mustaff. Simbolik penyerahan fail AJKT HEWI pula telah disempurnakan oleh Ustzh.Nurul Hidayah binti Abas, Mantan Timbalan Ketua HEWI 2010 /2011 bersama Timbalan Ketua HEWI sesi ini, Ustzh Siti Iziatul Hawa binti Mohd Yusof.


                                                    Ustaz Harman bin Hassan         Ust. Amir Al-Amin bin Mustaff
                                                    (Mantap YDP 2010 / 2011)                    (YDP 2011 / 2012)

Antara agenda mesyuarat hari ini juga adalah penetapan portfolio AJKT BKKIMM 2011 / 2012. Selain itu, majlis taaruf serta ucapan Mantan YDP dan Mantan Timbalan Ketua HEWI turut diadakan. Ust. Harman bin Hassan selaku Mantan YDP dalam ucapannya mengingatkan ahli mesyuarat agar bersungguh-sungguh menjaga solat jemaah dan tidak culas menghadiri Muzakarah Berkelompok sebagai sumber kekuatan buat kepimpinan.
Ust. Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri selaku BP Angkat PMRAM Cawangan Melaka mengingatkan ahli mesyuarat bahawa setiap taklifan mestilah diiringi dengan usaha dan tawakal kepada ALLAH SWT. ‘Jadi hebat untuk ummah’ pula adalah antara ingatan daripada seorang lagi BP Angkat yang hadir, iaitu Ust Mohd Solehuddin bin Mohd Safien.
Mesyuarat timbal balas AJKT BKKIMM Sesi 2011 / 2012 akhirnya ditutup dengan bacaan doa oleh Mantan YDP 2011 / 2012, Ust Harman bin Hassan dan diakhiri dengan Tasbih Kaffarah dan bacaan Surah Al-‘Asr.



Struktur Organisasi AJKT Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM )
Sesi Pentadbiran 2011 / 2012:

Yang Di Pertua:
Ust. Amir Al-Amin bin Mustaff

Timbalan Yang Di Pertua:
Ust. Khairul Fadhli bin Husin

Setiausaha Agung ( Unit Pendaftaran & Muhafazah )
Ust. Mohd Syafiq bin Abul Aziz

Timbalan Setiausaha Agung ( Unit Pendidikan )
Ust.  Muhammad Daud bin Ashaari

Bendahari Agung ( Unit Kebajikan )
Ust. Ahmad Syahir bin Ismail

Ketua Unit Penerangan & Penerbitan
Ust. Mohd Shabaney bin Ahmad Jafri

Ketua Unit Ekonomi
Ust. Mohd Zawawy bin Zainal Khan

Ketua Unit Perumahan
Ust. Ahmad Fuad bin Mohd Lizah

Ketua Unit Perhubungan, Sambutan & Rehlah
Ust. Ahmad Rabbani bin Ismail

Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan
Ust. Mohd Aidil bin Md Hassim


Struktur Organisasi AJKT HEWI Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM )
Sesi Pentadbiran 2011 / 2012:

Yang Di Pertua ( Ketua HEWI )
Ust. Amir Al-Amin bin Mustaff

Timbalan Ketua HEWI
Ustzh. Siti Iziatul Hawa binti Mohd Yusof

Naib Setiausaha Agung ( Unit Pendaftaran & Muhafazah )
Ustzh. Zakiatun Nazneen binti Abdul Hannan

Timbalan Bendahari Agung ( Unit Kebajikan , Unit Ekonomi )
Ustzh. Afiqah binti Bashir Ahmad

Timbalan Ketua Unit Dakwah
Ustzh. Suhaila binti Abd Shukor

Timbalan Ketua Unit Pendidikan ( Unit Penerangan & Penerbitan )
Ustzh. Nurulain binti Mohd Zaid

Timbalan Ketua Unit Perumahan ( Unit Perhubungan, Sambutan & Rehlah,
Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan)
Ustzh. Nurul Atiqah binti Ahmad


BKKIMM Terus Bergerak’ dan ‘BKKIMM Milik Semua

No comments:

Post a Comment