Sunday 20 November 2011

3M ‘11 : Misi Kemantapan Fikrah melalui Thaqafah dan Ilmiah

15 Nov, Surau Wisma Seri Melaka,Kaherah. Unit pendidikan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka (BKKIMM) sesi 2011/2012 telah menganjurkan satu program motivasi kecemerlangan Misi Memburu Mumtaz (3M). Majlis yang bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 10 malam ini  telah dihadiri kira-kira 40 orang mahasiswa terdiri daripada kalangan pengajian Islam dan perubatan.

Program bermula dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis kemudian disusuli dengan ucapan Ketua Unit Pendidikan Ustaz Mohd Daud bin Ashaari. Program 3M ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sekaligus melancarkan penjenamaan semula kelas tafaqquh Fiddin dan Tutorial di peringkat PMRAM Cawangan Melaka. YDP menerangkan dalam ucapan beliau berkenaan objektif program 3M bertepatan dengan gagasan BKKIMM yang keempat iaitu Kemantapan fikrah melalui thaqafah dan ilmiah.


Majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian Program 3M dengan teknikal meng’klik’ pada tetikus bagi melancarkan video. Ini menjadi bukti bahawa BKKIMM terus bergerak demi menjaga kebajikan ahli dari sudut pendidikan. Program motivasi ini telah disampaikan oleh Dr. Wan Ahmad Hafizi b. wan Ahmad Junaidi, mahasisiwa Tahun 4 Kuliah Perubatan,Universiti Kaherah, beliau juga merupakan Ketua Biro Akademik Perubatan Pusat. Curahan Pemikiran dan pengalaman daripada pengisi, banyak menggambarkan tentang kesempurnaan Islam pada seorang Muslim  dalam pembinaan diri dan penerokaan ‘ibrah dari tokoh-tokoh yang berjaya setelah menelan jadam dunia yang begitu hebat.



Alhamdulillah,warga BKKIMM begitu terpesona dengan nutrien jasmani dan rohani yang diulas oleh pengisi. Majlis diakhiri dengan tayangan video Kempen Jom Ke Kuliah dan Kempen Sifar Rasib yang disediakan oleh pihak penganjur.

No comments:

Post a Comment