Friday 11 November 2011

RAIHAN '11 accomplished !



Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang tiada sekutu bagiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. juga kepada ahli kerabat Baginda, para sahabat Baginda, kepada mereka yang menyahut petunjuk yang dibawa Baginda serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga hari akhirat.

Majlis Sambutan Aidiladha dan Haflah Najihin ( RAIHAN ’11 ) yang baru saja selesai disambut oleh semua mahasiswa/wi Islam Melaka baru-baru ini amat memberikan kesan terhadap kelangsungan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
( BKKIMM ).

Kesatuan, kerjasama, pengorbanan dan biah solehah yang ditonjolkan oleh setiap peringkat memberikan suntikan semangat serta keyakinan terhadap apa yang diperjuangkan oleh BKKIMM dalam memperkasakan gagasan ukhwah dan wahdah serta gagasan adab dan tarbiah bagi sesi ini.

Walaupun pelbagai mehnah ( dugaan ) yang ditempuh terutamanya dari segi tempat perjalanan program, itu langsung tidak mematahkan semangat setiap mahasiswa/wi Islam Melaka di Mesir ini bagi menjayakan program ini.

Kemeriahan jelas terserlah dengan keterlibatan dan komitmen yang penuh oleh setiap peringkat dan mahasiswa/wi Islam Melaka. Dewan yang penuh dengan kehadiran ahli serta tetamu-tetamu yang tidak putus-putus hadir menjadikan majlis bertambah serinya.

Ucapan jutaan terima kasih diucapkan buat sekalian adhoc pelaksana Majlis Sambutan Aidiladha dan Haflah Najihin ( RAIHAN 11 ) yang memberikan pengorbanan yang tinggi tidak kira siang dan malam demi menjayakan program RAIHAN 2011 ini yang merupakan program Mega pertama bagi kenaikan pimpinan sesi 2011/2012 ini .Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian.

Ucapan terima kasih diucapkan buat Presiden PMRAM serta barisan Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM  yang sudi hadir sekaligus memeriahkan lagi program Mega BKKIMM, RAIHAN 11 pada kali ini. Begitu juga dengan para pimpinan Badan Kebajikan Anak Negeri 
( BKAN ) yang sudi menerima jemputan sebagai tetamu kami pada majlis tersebut.

Ucapan ribuan malahan jutaan terima kasih diucapkan kepada Majlis Kebajikan Keluarga Kedah ( MKKK ) yang sudi memberikan ruang yang penuh kepada pihak BKKIMM untuk menggunakan premis di Rumah Kedah Lama, Hayyu Sabie’ bagi menjayakan RAIHAN 11 ini. Jasa dari pihak BKAN Kedah amat kami hargai.

Begitu juga buat semua mahasiswa/wi Islam Melaka Mesir yang memberikan bantuan samaada langsung atau tidak langsung bagi sama-sama menjayakan program RAIHAN 11. Kamu semua adalah tunjang kekuatan ukhuwah dan wahdah dalam kesatuan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir   (BKKIMM).


Tidak dilupakan kita sama-sama kita membacakan al-fatihah buat seorang ibu kepada salah seorang sahabiah kita yang baru sahaja meninggalkan kita untuk kembali ke sisi Ilahi pada malam sebelum Majlis RAIHAN 11 berlangsung. Moga Allah merahmati roh ibu beliau dan diberikan kekuatan buat sahabiah kita ini,i'allah. AL-FATIHAH.

Mari sama-sama kita pastikan yang :
BKKIMM akan terus bergerak dan BKKIMM adalah milik semua!

AMIR AL-AMIN BIN MUSTAFF
Yang Di-Pertua
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
Sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment