Wednesday 9 November 2011

Hari pertama RAIHAN '11 berjalan lancar

8 November, Kaherah: RAIHAN ’11 membuka tirainya dengan aktiviti penyembelihan dan agihan bermula jam 7.00 pagi sehingga kira-kira jam 3 petang. Penyembelihan seekor unta dan 15 ekor kambing yang dijalankan di rumah Kedah Lama ini telah berjaya mengumpulkan ahli Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dari pelbagai muhafazah untuk turut bekerjasama dalam menjayakan program pembukaan RAIHAN ’11.
Di kesempatan ini, BKKIMM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) kerana sudi memberi laluan kepada BKKIMM untuk menggunakan permis kalian. Sekaligus membuktikan tema BKKIMM milik semua. Jasa kalian amat kami hargai.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli BKKIMM yang turut hadir bagi menjayakan program Mega BKKIMM kali pertama di bawah anjuran Unit Dakwah dan Unit Pendidikan sesi 2011/2012 ini. Justeru, program ini menepati gagasan BKKIMM dalam membina Ukhuwah dan Wahdah serta Adab dan Tarbiyyah terhadap seluruh ahli BKKIMM. Semoga program yang dijalankan ini dapat kita hayati erti sebenar pengorbanan di sisi Allah dan bukan sekadar berseronok sahaja. Mehnah ditempuhi, halawatul ukhuwah dirasai.

No comments:

Post a Comment