Tuesday 8 November 2011

Mencapai gagasan Ukhuwah dan Wahdah sebagai tunjang kekuatan BKKIMM

5 November, Sabtu, Kaherah, bersamaan 9 Zulhijjah 1432H, di Wisma Seri Melaka. Di bawah anjuran Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah berjaya melaksanakan Majlis Iftar Jamie’ sempena Hari Arafah yang lepas. Antara pengisisan menarik ialah iftar jamie’ dan takbir raya di setiap syaqah. Majlis disempurnakan lagi dengan ucapan yang dipertua BKKIMM Ust Amir Al-Amin bin Mustaff diperingkat Ikhwah, manakala ucapan Timbalan Ketua Hewi Ustazah Siti Iziatul Hawa bte Mohd Yusof di peringkat akhawat. Majlis ini turut dihadiri oleh BP angkat Ustaz Nur Ahmad Wafiy bin Nur Azri dan Hewi angkat BKKIMM Ustazah Siti Fathiyah bte Mohd Razi
Seterusnya,tayangan video ucapan perutusan daripada presiden PMRAM Ust. Mohd Zuhaili bin Saiman telah membuka minda ahli BKKIMM untuk menghayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail. Sikap taat dan patuh akan perintah Allah adalah satu kewajipan bagi seluruh umat Islam. Terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli BKKIMM kerana memberi komitmen yang cemerlang dan turut serta bersama-sama menjayakan majlis tersebut sebaiknya.
Justeru, objektif majlis tersebut diadakan adalah bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli BKKIMM dan mengajak untuk bersama-sama mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Semoga majlis yang penuh barakah tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap ahli BKKIMM.

No comments:

Post a Comment