Sunday 1 January 2012

Solat Hajat Perdana Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir

Khamis, 29 Disember 2011 bersamaan 4 Safar 1433H. Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah mengadakan Program Solat Hajat Perdana bertempat di Surau Wisma Seri Melaka. Majlis ini turut dihadiri oleh Badan Pengurus angkat PMRAM cawangan Melaka, Ust. Mohd Solehuddin bin Mohd Safien dan Hewi angkat Ustazah Siti Fathiyah binti Mohd Razi. Anak – anak Melaka turut berbesar hati dengan kehadiran BKAN taakhi Selangor dan Pahang yang terdiri daripada Yang Dipertua BKSAM serta 3 orang AJKT Hewi BKSAM dan 2 orang wakil AJKT BKMIP.






Majlis yang serba sederhana ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan Solat Hajat Perdana bertujuan sebagai persiapan menghadapi imtihan dan mendoakan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir terus dipertahankan. Solat Hajat  yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Syafiq bin Abdul Aziz dihadiri kira-kira 30 orang anak Melaka.

Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan Tahlil yang dipengerusikan oleh saudara Muhammad Nurkhalis bin Jasman. Seterusnya, seusai Solat Isyak berjemaah, majlis digemakan dengan alunan Qasedah daripada kumpulan Qasedah anak-anak Melaka yang diketuai oleh Ustaz Mohd Syafiq bin Abdul Aziz, Ustaz Muhammad Fauzie bin Bashah, dan Ustaz Nur Alif bin Radani.





















Atucara diteruskan lagi dengan kemuncak program Solat Hajat Perdana iaitu Slot kalam mutiara yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Mohsen bin Abdul Hamid. Slot dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan ucapan aluan pengerusi slot, merangkap penasihat Badan Kebajikan Keluarga Islam(BKKIMM). Seterusnya, ucapan yang disampaikan oleh Yang Dipertua BKKIMM 2011/2012 Ustaz Amir Al-Amin bin Mustaff telah mengembalikan semula ingatan anak-anak Melaka yang hadir terhadap peristiwa penarikan pengiktirafan BKKIMM oleh Kerajaan Negeri Melaka yang pernah menjadi penaung kita suatu ketika dahulu. Justeru, sayugianya tarikh keramat 28 Disember 2010 ini sentiasa diingati bahkan disemat sebagai peristiwa yang paling bersejarah. Namun begitu YDP mengingatkan bahawa BKKIMM akan terus bergerak disamping meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak Melaka melalui pelbagai cara.

Seterusnya, ucapan penutup dan kalam mutiara yang disampaikan oleh Dr. Husaini bin Saleh selaku Badan Penasihat 1 BKKIMM 2011/2012 turut memberi impak kepada para hadirin yang hadir. Beliau menyuntik semangat kesatuan dalam kalangan anak-anak Melaka agar sentiasa bergerak seiring dan tidak berpecah belah. Slot kalam mutiara yang menjadi halwa telinga serta motivasi kepada hadirin yang hadir ini diakhiri dengan kalam pengerusi slot sekaligus menutup program Solat Hajat Perdana tersebut dengan bacaan tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.









Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2011/2012 mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh anak-anak elaka beserta barisan kepimpinan BKKIMM yang turut hadir bagi memeriahkan dan menambahkan lagi keberkatan terhadap program Solat Hajat Perdana ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua InsyaAllah.



BKKIMM terus bergerak..
BKKIMM milik semua..

No comments:

Post a Comment