Friday 20 January 2012

Tazkirah Jumaat : Menjana Kelangsungan Dakwah


Kaherah, Jumaat, 20 Januari 2012 bersamaan  26 Safar 1433H, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) 2011/2012 seperti biasa meneruskan sesi tazkirah pada setiap pagi jumaat sebagai mengisi kekosongan rohani yang dahagakan ilmu setiap hari. Tazkirah jumaat yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Mohsen bin Abd. Hamid bertempat di Surau Wisma Melaka dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Ketua Unit Dakwah BKKIMM sesi 2011/2012 Ustaz Khairul Fadhli bin Hussin sebagai pentazkirah membuka perkongsian beliau dengan hadis daripada sabda baginda Muhammad SAW:
حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال حدثنا سفيان قال حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول سمعت عمر بن الخطاب رضى الله تعالى عنه على المنبر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: Umar bin Khattab berkata aku mendengar Rasulullah SAW sedang berkata, “Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu bergantung pada niat-niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan sesuai apa yang diniatkannya. Barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa berhijrah kepada dunia yang dikejarnya atau wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang diniatkannya.
Hadis ini merupakan pembukaan bagi Hadis 40 Imam Nawawi dan Soheh Bukhori. Pelbagai pengisian yang dikongsikan berkenaan matan hadis di atas. Antaranya adalah niat merupakan perkara pokok dalam setiap perbuatan setiap amalan yang kita kerjakan bagi membezakan antara ibadat dan adat. Seperti mana setiap perbuatan kita adalah diniatkan sebagai ibadat kepada Allah, maka seseorang itu akan beroleh pahala daripada setiap perbuatannya. Namun begitu haruslah diingat bahawa setiap niat kita mestilah ikhlas kerana Allah taala.

Pentazkirah : Ustaz Khairul Fadhli bin Hussin
Antara perkongsian seterusnya adalah berkaitan 3 perkara yang perlu manusia waspada iaitu:
1.       Takhta
2.       Harta
3.       Wanita
Antara kalam ulama’ yang dinaqalkan, “ Jadikan dunia (harta) dalam tangan kami, janganlah jadikan dunia(harta) dalam hati kami”.
Sedikit persoalan yang ditinggalkan oleh pentazkirah kepada para hadirin iaitu berkaitan pembahagian martabat Ikhlas. Mari sama-sama kita mengkaji apakah yang cuba dibahaskan oleh pentazkirah tersebut. Semoga pentazkirah yang akan datang dapat bersedia sebaiknya.
Seusai tazkirah jumaat, hadirin juga turut bersama mengalunkan bacaan surah Al-Kahfi.
Semoga Allah menerima setiap amalan kebaikan kita kerana Allah di hari Jumaat yang mulia ini. Banyakkan berselawat kepada baginda Muhammad SAW. Semoga sama-sama mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amin.
 Allahumma Solli a'la Saidina Muhammad wa a'la alihi wasohbihi wasallim

BKKIMM terus bergerak dan BKKIMM milik semua

No comments:

Post a Comment