Saturday 4 February 2012

Kepulangan Dua Mutiara BKKIMM


2 Feb 2012, Kaherah : Sebilangan ahli Melaka semalam mengiringi kepulangan dua mutiara BKKIMM iaitu mantan Yang Di Pertua dan Timbalan Ketua HEWI BKKIMM sesi 2010/ 2011, Ust Harman bin Hassan dan Ustazah Nurul Hidayah binti Abas di balai perlepasan Lapangan Terbang Kaherah yang berlepas pada jam 6.30 malam semalam. Setelah sekian lama meneguk ilmu di Bumi Anbiya’ dan berbakti pada BKKIMM, keberangkatan pulang mereka sangat dirasai oleh anak-anak Melaka di sini memandang jasa dan pengorbanan mereka yang terlalu banyak dan tidak memang dinafikan lagi.



Sejak tahun 2005 lagi, Ustaz Harman mula aktif dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung BKKIMM sesi 2005/ 2006. Tahun berikutnya pada sesi 2007/ 2008, beliau diberi amanah sebagai Timbalan Yang Dipertua merangkap Ketua Unit Dakwah BKKIMM. Manakala pada dua sesi berikutnya beliau dipilih menjadi Penasihat BKKIMM dari sesi 2008 sehingga tahun 2010. Sehingga pada sesi 2010/2011 beliau dipundakkan dengan amanah sebagai Yang DiPertua BKKIMM. Terlalu banyak sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau sepanjang bertugas dalam BKKIMM. Diantaranya berkaitan pembaikpulihan sistem teknikal dan siaraya di Wisma Melaka, salah seorang panel penggubah Undang-undang Tubuh BKKIMM, juga di dalam mewujudkan Lapisan Pelapis Nuqaba’ (LAPAN) pada tahun 2008, Unit Qa’edatus Sulbah (U-QaS) pada tahun awal 2009 sehinggalah tertubuhnya Jabatan Fasilitator pada pertengahan tahun 2009 yang mempunyai tujuan yang sama iaitu bagi melahirkan pelapis fasilitator dan mengkader sifat kepimpinan di kalangan anak-anak Melaka di Mesir ini.




Begitu juga dengan srikandi kecil yang mempunyai semangat dan jiwa yang besar ini telah banyak membantu memajukan pentadbiran terutama di peringkat Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKKIMM. Bermula dengan penglibatan pertama beliau terlibat bekerja bersama anak-anak Melaka sebagai Timbalan Pengarah Bazaar Selat Melaka pada pengujung sesi 2009, Ustazah Nurul Hidayah terus diberi kepercayaan dengan memegang jawatan Timbalan Ketua HEWI BKKIMM untuk dua sesi iaitu pada tahun 2009/2010 sehingga sesi 2010/2011.

Turut bersama mengiringi keberangkatan pulang mereka, beberapa Badan Pengerus PMRAM, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2011, Ustazah Nurain Yaakob serta HEWI Angkat PMRAM Cawangan Melaka, Ustazah Juhaida Abdul Hamid.

Barisan AJKT dan HEWI PMRAM Cawangan Melaka telah mengadakan Liqo’ Wada’ khusus meraikan kepulangan mereka berdua pada 31 Januari 2011 yang lalu. Beberapa kalam taujihat telah disampaikan kepada seluruh barisan AJKT dan HEWI yang hadir. Kami daripada barisan kepimpinan mewakli seluruh ahli BKKIMM mengucapkan jutaan terima kasih atas segala budi dan jasa yang telah dicurahkan.

No comments:

Post a Comment