Wednesday 15 February 2012

Laporan sambutan maulidur rasul 1433 H.

10 Febuari: Kedatangan bulan mulia bulan rabiul awwal iaitu bulan kelahiran jujungan besar kita Nabi Muhammad Sollahu alaihi wasallam disambut dengan penuh dengan kegembiraan dan kerinduan.  Bulan dimana banyak majlis-majlis memperingati dan mengenang jasa perjuangan Rasulullah S.A.W diadakan diseluruh dunia khasnya Negara-negara islam. 


                Sehubungan dengan itu, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) yang menaungi anak-anak Melaka di Mesir telah mengadakan majlis sambutan maulidur rasul pada 6 febuari 2012 bersamaan 14 rabiul awwal 1433H di Wisma Seri Melaka yang dianjurkan oleh Unit Dakwah diketuai oleh Khairul Fadhli Bin Husin.

                Majlis dimulakan pada pukul 7.30 malam dengan alunan qasidah pujian kepada Rasulullah SAW, kemudian disusuli dengan ceramah  yang disampaikan oleh Syeikh Rohimuddin Bin Nawawi Al-Bantani yang dipengerusikan oleh ketua unit dakwah sesi 2011/2012 Khairul Fadhli bin husin.

                Syeikh Rohimuddin Bin Nawawi Al-Bantani mengingatkan bahawa setiap yang bergelar umat Rasulullah SAW agar sentiasa berselawat dan mengamalkan sunnah setiap masa. Dan pada bulan yang mulia ni, kita digalakkan untuk memperbanyakkan lagi amalan-amalan sunnah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, mafhum nya: “Barang siapa yang mengamalkan atau menghidupkan sunnah ku diakhir zaman, maka ganjarannya seperti syahid dijalan Allah”.'


                Lagi beliau berkata,  bagi setiap muslim itu wajib dalam hatinya ada rasa cinta kepada Rasulullah SAW kerana apabila hadirnya cinta, maka akan kita perbuat ape yang diperintahkan dan meninggalkan apa saja dilarang oleh orang yang kita cintai. Maka madrasah tasawwuf adalah madrasah yang terbaik untuk kita mendalami dan memahami apa itu kita kepada Allah dan Rasulullah SAW, kerana apabila kita cinta kepada Rasulullah SAW maka Allah juga akan cinta kepada kita bahkan akan menjadikan makhluk-makhluk juga cinta kepada kita kerana Beliau SAW adalah kekasih Allah SWT dan Allah mengasihi sesiapa yang mengasihi kekasihNya.

                Majlis berakhir pada jam 10.30 malam dan diakhiri dengan alunan selawat kepada junjungan besar kita SAW.

BKKIMM terus bergerak..
BKKIMM milik semua..

No comments:

Post a Comment