Thursday 23 February 2012

Gotong Royong Perdana sempena Kempen 'Jom Benci Sampah'


Kaherah, 10 Februari - Unit Perumahan BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ISLAM MELAKA MESIR (BKKIMM) telah mengadakan aktiviti gotong royong perdana  sempena kempen “Jom Benci Sampah”. 

Sebelum aktiviti gotong royong bermula Yang Di Pertua BKKIMM saudara Amir Al-Amin Bin Mustaff telah menyampaikan sedikit tazkirah dan ucapan perasmian kempen “Jom Benci Sampah”. Aktiviti tersebut telah berlangsung pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 pagi.


Hal ini, merupakan takwim tahunan  bagi BKKIMM bagi setiap sesi kenaikan AJKT. Aktiviti gotong royong perdana ini telah disertai oleh anak-anak Melaka di Wisma Seri Melaka dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

Kerjasama  gotong-royong antara ikhwah
“Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk  menyedarkan mahasiswa dan mahasiswi betapa pentingnya kita untuk menjaga kebersihan kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman dan mendidik diri dan jiwa supaya lebih mengambil cakna tentang kebersihan”, ujar Yang Di Pertua BKKIMM dalam tazkirahnya.


Seluruh ahli Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program gotong royong perdana ini sekaligus melancarkan kempen ‘Jom Benci Sampah’.


Laporan oleh,
Unit Perumahan BKKIMM 2011/2012

No comments:

Post a Comment