Thursday 23 February 2012

Misi Ukhuwah dan Wahdah : Jaulah AJKT ke Iskandariah dan Mansourah

18 & 19 Februari  : Misi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir dalam menyalurkan kebajikan kepada anak-anak Melaka  diteruskan lagi apabila barisan kepimpinan BKKIMM sesi 2011/2012 mengadakan jaulah ke muhafazah untuk bertemu dengan anak-anak Melaka khususnya ahli BKKIMM.

Program ini antara tujuannya adalah untuk mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan silaturrahim di antara AJKT dan ahli-ahli BKKIMM sejajar dengan gagasan yang dibawa oleh BKKIMM iaitu ukhuwah dan wahdah. Sepertimana hadis nabi S.A.W. yang bermaksud : “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai  dirinya sendiri”, ulas Yang Di Pertua dalam ucapannya.

Jaulah ini juga lebih memfokuskan kepada perbincangan daripada hati ke hati mengenai segala permasalahan, cadangan dan juga muhasabah berkenaan kebajikan, pendidikan serta sebarang isu-isu semasa setelah genap setahun BKKIMM melalui pelbagai dugaan  dan tribulasi.

Destinasi pertama jaulah bermula di Iskandariah, bertempat di Dewan Zajlatul ‘Abidah pada jam 9.30 pagi. Majlis tamat sekitar jam 12.00 tengah hari.


Jaulah diteruskan lagi ke Mansoura, bertempat di dewan rasmi Perubatan Cawangan Mansoura, Darul Rahmah. Majlis bermula sekitar 8.30 malam, agak lewat dari yang dirancang atas beberapa masalah teknikal, namun ianya tidak mematahkan semangat anak Melaka di Mansoura untuk hadir ke majlis tersebut.


Di antara pengisian yang diadakan sepanjang jaulah ialah ucapan dari mandub atau mandubah, wakil DPM, serta ucapan Yang Dipertua BKKIMM seterusnya memimpin sesi ramah mesra bersama ahli.

Pelbagai persoalan dan cadangan telah dibangkitkan antaranya ialah berkenaan isu pinjaman TAPEM, serta beberapa perkara berkaitan kebajikan. Antara permasalahan yang timbul bagi pelajar-pelajar perubatan terutamanya, mereka tidak dapat menyertai program-program yang dianjurkan BKKIMM kerana kekangan masa dan bertembung dengan hari kuliah.


“Cadangan saya agar pihak pimpinan mengadakan satu program di muhafazah untuk meraikan ahli di sini”,cadangan daripada salah seorang ahli BKKIMM.

Sebarang muhasabah dan cadangan telah diterima oleh pimpinan sebaiknya. Semua persoalan dapat dijawab dengan baik oleh AJKT.

Majlis di akhiri dengan tayangan slideshow oleh unit Penerangan dan Penerbitan BKKIMM serta penyampaian cenderhati BKKIMM kepada DPM yang terlibat.

Barisan kepimpinan BKKIMM mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala komitmen, cadangan dan muhasabah yang telah diberikan oleh ahli yang hadir. Ini menunjukkan bahawa sokongan ahli  tidak pernah pudar kepada BKKIMM dalam misi untuk memastikan agar survival dan agenda kebajikan dapat diteruskan.

Bagi mana-mana ahli yang tidak dapat menyertai  kunjungan AJKT ke muhafazah masing-masing, pihak kepimpinan sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda ke majlis ramah mesra bersama ahli yang akan diadakan di kaherah nanti, Insyaallah.



Laporan Oleh,
Jabatan Setiausaha Agung BKKIMM
Sesi 2011/2012
                

No comments:

Post a Comment