Saturday 25 February 2012

LAPORAN PERTANDINGAN PING PONG



Pada 13 dan 15 Februari  2012,Unit Kebudayaan,Kesenian dan Sukan (UKKS) telah menganjurkan satu program pertandingan ping pong peringkat BKKIMM.Seramai 13 peserta telah menyertai dalam acara ping pong kategori perseorangan dan sebanyak 8 kumpulan dalam acara ping pong bagi kategori beregu.



Program ini bertemakan ' BERIADAH SAMBIL BERIBADAH '.Objektifnya berlandaskan kepada salah satu gagasan BKKIMM iaitu ukhuwah dan wahdah dikalangan mahasiswa Melaka, seterusnya  memastikan BKKIMM terus bergerak dan BKKIMM milik semua.



Kategori perseorangan telah dijuarai oleh saudara Ahmad Muhsin Bin Abd Hamid, manakala kategori beregu telah dimenangi oleh kumpulan The Reds yang diwakili oleh saudara Zulhilmi Bin Suboh dan saudara Muhammad Syazwan Bin Johal.



Majlis penutup dijayakan dengan ucapan daripada Ketua UKKS, saudara Mohd Aidil Bin Md Hassim. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YDP BKKIMM 2011/2012 ,Saudara Amir Al-Amin Bin Mustaff.Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Disediakan oleh:- 
Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan 2011/2012.
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir..

BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua.. 

No comments:

Post a Comment