Tuesday 27 March 2012

Aplikasi tarbiyah pelengkap agenda kesatuan


                     Tarbiyah merupakan kelansungan tugas  rasul dan sahabat untuk menyucikan jiwa serta merupakan haluan bagi para muttaqin . Menurut Dr.Ali Abdul Halim Mahmud,tarbiyah adalah satu method terbaik yang mampu memberi interaksi secara lisan mahupun sentuhan  bersama fitrah manusia.

                   Oleh yang demikian,tarbiyah berperanan sebagai penyediaan medan latihan  kearah pembentukan du’at dan penerus dakwah disamping   dapat mengubah manusia kepada yang lebih baik dengan berlandaskan manhaj serta wasilah-wasilah tertentu sevara hikmah.Firman ALLAH S.W.T :
         Maksudnya :”….. …serulah manusia ke jalan agama tuhanmu dengan berhikmah dan peringatan yang baik….”

             Realiti yang berlaku jelas menunjukkan ,keizzahan mahasiswa dan mahasiswi hari ini tidak kira Pengajian Islam mahupun Perubatan semakin pudar, sirna sedikit demi sedikit tanpa disedari. Ini kerana kurangnya penghayatan dan praktikal kepada ayat-ayat Al-Quran serta ilmu agama yang dipelajari. Tanpa iman dan thabat di dalam jiwa ,maka diri dengan mudah dicemari dengan dosa dan maksiat yang dilakukan.

Apa yang menyedihkan,kepadatan sebilangan besar daripada mahasiswa dan mahasiswi tidak mencerminkan akhlak atau sikap sebagai seorang penuntut ilmu agama dan lebih malang lagi wujudnya keruntuhan moral yang serius seperti budaya ikhtilat tidak syar’ie syndrome couple yang masih dianggap remeh di antara kita, menonton filem-filem lucah dan tidak mendatangkan manfaat, (sms) tidak syar’ie dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH S.W.T.

        Fenomena ini kian meruncing ,beberapa langkah pencegahan awal  oleh BKKIMM diambil sebagai satu inisiatif pelbagai antaranya dengan menterjemahkan kaedah-kaedah rawatan tersebut di dalam beberapa program supaya dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada semua ahli. Firman ALLAH S.W.T :
“…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..”

           Usaha mencegah penyakit menular ini sangatlah diharapkan dari semua peringkat baik kepimpinan mahupun ahli. Aplikasikan platform  Muzakarah berkelompok dan manhaj yang disusun dengan sebaiknya.Yakinlah ,proses tarbiyah yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah akan mendidik hati menjauhi kekotoran-kekotoran dari sudut I’tiqad, ibadah dan akhlak sebagai perhiasan biri seorang muslim.

          Duhai pewaris nabi,ayuhlah kembali menuju ke arah yang suci. Moga kita mendapat restu Ilahi. Jadikanlah RasuluLLah sebagai qudwah hasanah dalam menggapai mardhatiLLah. Salam Al-Qadr!!


Hasil Nukilan:
Siti Iziatul Hawa Bte Mohd Yusof
Timbalan Ketua Hewi
Sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment