Sunday 11 March 2012

‘Isu Penarikan Pinjaman 9 Orang Ahli Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu ( KPT )’


8.3.2012: WISMA SERI MELAKA, Kaherah. Hari ini telah diadakan sesi penerangan berkaitan ‘Isu Penarikan Pinjaman 9 Orang Ahli Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu ( KPT )’.Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil kemudian diteruskan dengan majlis penerangan isu yang telah disampaikan oleh 2 orang wakil EXCO KPT iaitu saudara Mohd Zuhad Ataillah Bin Abdul Rahman dan Saudara Abdul Manaf Bin Ghani..


Sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa/wi Melaka berkaitan isu ini jelas menggambarkan sensitiviti serta kebersamaan selaku mahasiswa/wi yang sama-sama menuntut di Mesir. Pelbagai persoalan serta cadangan telah dilontarkan oleh ahli-ahli Melaka demi untuk mencapai kesepakatan bagi membantu mangsa yang terlibat dengan isu walaupun berlainan negeri kerana inilah yang telah diterapkan oleh Islam iaitu “ Setiap mukmin itu adalah bersaudara “.


Majlis diakhiri dengan solat hajat yang diimamkan sendiri oleh exco KPT. Tabung sumbangan turut diedarkan sewaktu majlis berlangsung bagi sama-sama membantu walaupun sedikit bagi meringankan beban mangsa. Sumbangan hampir mencecah LE 300 telah berjaya dikumpulkan pada malam tersebut hasil sumbangan ahli-ahli Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ). Semoga Allah mempermudahkan urusan sahabat-sahabat kita yang ditimpa ujian ini.

Satu Fikrah Satu Amal

BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua..

Disediakan oleh :
Unit Kebajikan BKKIMM sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment