Sunday 1 April 2012

KIK SIRI 3 & 4 BERJAYA DILAKSANAKAN


21 & 24 Mac : Misi murni Badan kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dalam melahirkan kepimpinan yang berkualiti diteruskan lagi apabila Jabatan Setiausaha Agung dengan kerjasama penuh komuniti pelaksana telah berjaya melaksanakan Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) siri III dan IV pada 21 dan 24 Mac lalu. Bertempat di Rumah Kedah Lama, Hayyu Sabie’ Kaherah. Siri III dan IV kali ini melibatkan barisan ahli jawatankuasa tertinggi dan ahli jawatankuasa kecil unit yang berjumlah 41 orang penyertaan.


Kursus siri III lebih memfokuskan kepada bagaimana membentuk personaliti seorang pimpinan dan pengurusan kepejabatan dan pemfailan,  manakala siri IV memfokuskan kepada kaedah berkomunikasi di antara adam hawa dan alwala’ walbara’. Rata-rata yang menyertai mengakui kepentingan program seperti KIK ini diadakan selain daripada melatih gerak kerja dalam memacu organisasi, malah memberi nilai tambah kepada seorang mahasiswa untuk berhadapan dengan masyarakat umum dan menceburkan diri dalam bidang pekerjaan apabila pulang ke tanah air kelak. Oleh yang demikian, pihak penganjur mengharapkan peserta akan terus konsisten dalam memberikan tumpuan pada KIK siri-5(The Return) yang akan diadakan pada fasa II akan datang.


JSUA BKKIMM mengucapkan seinfiniti terima kasih kepada pihak pentadbiran Pegawai Kebajikan dan Hal Ehwal Pelajar Kedah Mesir serta barisan kepimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) di atas kesudian memberikan keizinan menggunakan premis untuk melaksanakan KIK pada kali ini, serta kepada seluruh tenaga pengisi yang telah berjaya mengisi setiap slot dengan jayanya. Semoga Allah swt membalas setiap perbuatan baik kalian dengan sebaik-baik  ganjaran di sisi-NYA insyaallah.

BKKIMM Terus Bergerak,
BKKIMM Milik Semua.

Laporan Oleh,
Komuniti Pelaksana
Kursus Induksi Kepimpinan (KIK) 2012.

No comments:

Post a Comment