Sunday 29 July 2012

Majlis Penutup Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan serta Majlis Sambutan Harijadi sesi 2011/2012.PMRAM Cawangan Melaka.



12 julai 2012 – Unit Kebudayaan, Kesenian  dan Sukan (UKKS) telah mengadakan majlis penutup segala program sepanjang sesi 2011/2012. Majlis bermula dengan solat maghrib secara berjamaah, kemudian bacaan yaasin, berqasidah, solat isya`, seterusnya solat hajat. Alhamdulillah dengan kerjasama Unit Dakwah, majlis dapat berjalan dengan lancar.


Seterusnya majlis bermula secara rasminya dengan ucapan kata alu-aluan pengerusi majlis Saudara Muhammad Muzammil bin Abu Bashah. Kemudian dijemput Saudara Mohd Aidil bin Md Hassim selaku pengarah program dan wakil ukks. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada mahasiswa/-mahasiswi dan memohon maaf atas segala kesalahan dan kelemahan dalam mengendalikan apa jua program sepanjang sesi kenaikan.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Ydp Bkkimm, Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff. Beliau menasihati kepada semua mahasiswa/siswi dikalangan pengajian islam dan juga perubatan supaya bersama-sama dalam jamaah untuk memastikan mottopersatuan berjaya iaitu ”Bkkimm terus bergerak, Bkkimm milik semua”.


Kemudian, acara perasmian gimik pelancaran Tabung Ihya` Ramadan yang dirasmikan oleh Ydp Bkkimm Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff dengan kerjasama Unit Dakwah. Seterusnya acara yang dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa-mahasiswi iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh ukks dalam bulan julai.


Penyampaian hadiah bagi mahasiswa disampaikan oleh Ydp Bkkimm Saudara Amir Al-Amin bin Mustaff diiringi oleh Saudara Mohd Aidil bin Md hassim selaku wakil ukks. Bagi mahasiswi Saudari Nurul Ain binti Mohd Zaid diiringi Saudari Nadhirah binti Aziman. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Majlis berakhir dengan bacaan doa dan majlis jamuan sempena sambutan kelahiran bagi seluruh mahasiswa-mahasiswi di apartment 3.1 . Alhamdulillah dengan berakhirnya majlis ini maka berakhirlah segala program ukks sesi 2011/2012. Sekali lagi ukks memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan dalam menganjurkan sebarang aktiviti.


Akhir kalam, diharapkan kepada mahasisiwa/siswi Melaka yang berada di Perlembahan Nil supaya sentiasa memberikan komitmen kepada Bkkimm, sejurus itu memastikan Bkkimm terus bergerak, Bkkimm milik semua.


“BKKIMM terus bergerak,BKKIMM milik semua”..


Mohd Aidil b. Md Hassim,
Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2011/2012.


No comments:

Post a Comment