Sunday 29 July 2012

Bazaria Karnival Simpulan Hati 2012 (KASIH'12)..


15-17 Julai, Dataran Hayyu ‘Asyir, Kaherah - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) sesi 2011/2012 telah bersama-sama menjayakan Bazaria Karnival Simpulan Hati 2012(KASIH ‘12) yang bertempat di Dataran Hayyu ‘Asyir baru-baru ini. Program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sesama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) taakhi Zon D antara Negeri Melaka, Selangor dan Pahang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pertandingan sepak raga bulatan, sepak bola, permainan video dan banyak lagi selari dengan jualan gerai-gerai bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 11 malam.



        Sehubungan dengan itu, Lajnah Ekonomi beserta Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKKIMM  bersama ahli-ahli BKKIMM telah turut serta dalam penjualan gerai di Bazaria tersebut. Gerai dibawah Lajnah Ekonomi yang diberi nama Sate D’ A Famosa telah menjual pelbagai juadah seperti Sate Ayam Melaka, Kepak Ayam, Cheesy Wedges, Leher Ayam Goreng, Rangka ayam goerng, Mi Kari, Roti Sosej dan Ais Krim Malaysia.Manakala dibawah gerai HEWI yang diberi nama  Bazar Hewi Asam Pedas Melaka telah menjual Asam Pedas, Roti John dan Mi Basah.


Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah sama-sama bertungkus-lumus mengerah tenaga dalam menjayakan jualan gerai di bawah Lajnah Ekonomi dan HEWI BKKIMM di Bazaria KASIH ’12. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan tenaga yang telah disumbangkan. Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan dan terus utuh dalam perjuangan mempertahankan BKKIMM serta menegakkan syariat Allah yang tercinta.




"Ekonomi Pemangkin Kegemilangan Ummah"


"BKKIMM terus bergerak,
BKKIMM milik semua"..



Mohd Zawawy bin Zainal Khan
(Ketua Unit Ekonomi BKKIMM 11/12)

No comments:

Post a Comment