Thursday 26 July 2012

Laporan operasi pembersihan “ OPS BERSIH” 2011/2012


 KAHERAH – 15 Julai 2012 -  Setelah berlalunya pilihan raya Presiden Republik Arab Mesir yang lepas dengan kemenangan calon daripada ‘IKHWAN MUSLIMIN‘ iaitu Dr Mursi, beliau telah diberi mandat oleh rakyat mesir untuk menjadi presiden seterusnya selepas kejatuhan presiden yang sebelumnya. Maka pihak PMRAM telah menganjurkan kempen kebersihan di seluruh Bkan dan Dpm secara serentak pada tanggal 15 julai 2012. Operasi pembersihan ini berikutan sebagai tanda sokongan pihak PMRAM bagi menjayakan manifesto 100 hari selepas kenaikan daripada presiden mesir yang baru. Antara salah satu manifesto 100 hari selepas kenaikan adalah ingin menjadikan Mesir sebagai bandar yang bersih. Bersesuaian dengan tuntutan di dalam islam iaitu menggalakkan pengganutnya untuk menjaga kebersihan dari segala aspek.


     Tidak ketinggalan juga bagi BKKIMM dalam turut serta untuk merealisasikan manifesto 100 hari Presiden Republik Arab Mesir, dengan bersama-sama mengadakan ‘Ops Bersih’ di peringkat cawangan Melaka yang dikawal selia oleh Unit Perumahan BKKIMM. Gotong royong bermula sekitar jam 6.45 pagi, dan antara kawasan yang dibersihkan adalah di sekitar Wisma Seri Melaka dan juga kawasan sekitar rumah yang berjiranan dan bertentangan dengan Wisma Seri Melaka. ‘Ops Bersih’ di peringkat bkan Melaka turut dihadiri oleh badan pengurus angkat Melaka iaitu Ustaz Norhalis Syafiq bin Ahmad dan juga Yang Di Pertua BKKIMM Ustaz Amir Al Amin bin Mustaff beserta dengan beberapa orang ahli BKKIMM bagi menjayakan ‘Ops Bersih’. Gotong royong tamat pada jam 7.45 pagi.


     Setelah tamat jam 7.45 pagi, majlis penutup diteruskan dengan hidangan sarapan pagi dan jamuan yang telah disediakan. Dimulai dengan ucapan dari badan pengurus angkat Melaka dan ramah mesra antara ahli BKKIMM dengan badan pengurus angkat Melaka.


 BKKIMM terus bergerak,BKKIMM milik semua..

Mohd Fuad Mojd Lizah
Ketua Unit Perumahan BKKIMM 11/12

No comments:

Post a Comment