Thursday 23 August 2012

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 25


14 OGOS ,Surau Wisma Sultan Muhammad IV,KAHERAH.Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 25 (MAT)BKKIMM,telahpun berjaya dilaksanakan seusai tamatnya proses pembuangan undi dibawah pantauan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR 2012) yang bermula pada jam 6.00pagi sehingga jam 8.30pagi. Tema MAT sesi 2012 ini adalah “GENERASI RABBANI PENCETUS GELOMBANG PEMBAHARUAN”. Selain meningkatkan mutu gerak kerja dan menanamkan sikap ambil berat terhadap konsep berorganisasi serta cinta akan konsep syura yang dibawa oleh baginda Rasulullah,mesyuarat ini juga bertujuan memberi peluang kepada ahli untuk mencetuskan idea-idea bernas lagi membina bagi mengukuhkan lagi kedudukan,hala tuju dan kesatuan BKKIMM pada masa hadapan. MAT  BKKIMM, dirasmikan oleh presiden PMRAM saudara Abdul Aziz bin Ali kemudian diserikan lagi  dengan bacaan gema wahyu oleh saudara Mohd Nur Alif bin Radani. Mesyuarat mula bersidang pada jam 10.00 pagi diketuai oleh YDP sesi 2011/2012 Ustaz Amir Al-Amin Bin Mustaff sehinggalah berakhir dengan ucapan penangguhan dan pembubaran AJKT SESI 2011/2012. Mesyuarat berjalan dengan suasana yang sangat baik sehingga mendapat kata sepakat sesame ahli dalam menerima 2 usul.                                                                                    

  Usul pertama dibawa oleh saudari Nur Hidayah Binti Sulaiman dengan matan :
 Membuat Pindaan dalam buku Undang- Undang Tubuh bab ketujuh/fasal ke 20 ;pilihanraya / perkara 20.11: “Undi wakil adalah ditolak dan tidak diterima pakai”menjadi “Undi wakil adalah dibenarkan dan diterima pakai dalam pilihanraya”..

Usul kedua pula dibawa oleh saudara Ahmad Muhsin Bin Abdul Hamid dengan matan :
Ahli BKKIMM bersama menggembeling kekuatan bagi menjayakan usul muktamar sanawi PMRAM kali ke-79:
1)Mengembalikan hak PMRAM di ARMA.
2) memperkasa hubungan baik antara mahasiswa pengajian islam dan sains kesihatan.
3)Bersama menjayakan slogan “Kita PMRAM” dengan tindakan :
-mempertahankan hak mahasiswa islam
-memperkasa kesatuan di seluruh cawangan.

Mesyarat agung tahunan berlabuh tirai dengan agenda pengishtiharan barisan AJKT baru sesi 2012/2013,dan ucapan muqaddimah YDP BARU  2012/2013 serta diakhiri dengan bacaan doa selamat dan edaran juadah berbuka puasa.

“BKKIMM pilihan kami”..

.."Memaju Prestasi, Membumi Bakti"..

No comments:

Post a Comment